Perlawanan persahabatan ke-3 Teknik FC pada tahun ini adalah menentang Pasukan PGA. Pasukan polis simpanan yang nampak kental ini bukanlah lawan yang mudah untuk pasukan Teknik FC.

INFO KHAS: Dalam perlawanan ini, terdapat seorang pemain baru yang diserapkan kedalam pasukan Teknik FC iaitu Asmawi yang sedang menjalankan praktikumnya di SM Teknik Tawau. Menurut adiknya yang turut menonton perlawanan ini, Asmawi pernah mewakili sekolah lamanya iaitu SMK Balung untuk pertandingan peringkat sekolah Daerah Tawau beberapa tahun yang lepas.


Barisan separuh masa pertama Teknik FC ialah: Penyerang: Khairul, Ghazali, Tengah: Haindy, Derlan, Azri, Noran, Pertahanan: Asmawi (Zamri), Hillary, Edward, Suhairi, Penjaga Gol: Budak Sekolah?

Permainan separuh masa pertama banyak dikuasai oleh Pasukan PGA yang memperolehi gol pertama lima minit selepas sepak mula akibat kesilapan penjaga gol. Gol kedua menyusul 10 minit sebelum tamat separuh masa. Terdapat beberapa peluang untuk Teknik FC menyamakan kedudukan di separuh masa pertama, namun semua percubaan tersasar. Hantaran yang kurang kemas dan strategi yang agak kucar kacir membuatkan pasukan Teknik FC kelihatan kurang bermaya diawal separuh masa pertama.

Beberapa terjahan keras oleh kedua-dua pasukan juga dapat dilihat dalam separuh masa pertama. Akibatnya, penjaga gol Teknik FC mengalami kecederaan di bahagian telinga apabila bertembung dengan pemain sayap pasukan PGA. Beliau terpaksa ditukarkan. Zamri yang bercadang untuk beraksi dalam separuh masa kedua, terpaksa menyarung jersi lebih awal untuk beraksi sebagai bek kiri. Asmawi dengan sukarela memikul tanggungjawab sebagai penjaga gol untuk keseluruhan baki permainan.

Permainan yang kurang mantap dari semua posisi memperlihatkan beberapa kelemahan pasukan Teknik FC dan berjaya dieksploitasi oleh pasuk PGA untuk mendahului 2-0. Yang pasti, gol pasukan PGA terhasil daripada perangkap offside Teknik FC tidak menjadi. 

Separuh masa kedua bermula dengan dua perubahan dimana Sabir dan Aznan menggantikan Noran dan Suhairi yang nampak keletihan. Barisan separuh masa ke-2 adalah seperti berikut: Penyerang: Khairul, Ghazali, Tengah: Haindy, Sabir, Derlan, Azri, Pertahanan: Edward, Hillary, Aznan, Zamri, Penjaga Gol: Asmawi.

Permainan Teknik FC berubah mendadak dengan kemasukan Sabir yang telah mencipta gol pertama yang dijaringkan oleh Haindy. Sabir yang membuat hantaran lintang ke sebelah kiri yang kosong, memberikan ruang kepada Haindy untuk membuat larian dan terus menjaringkan gol. Melalui gerakan yang berbeza, gol penyamaan dijaringkan lebih kurang tiga minit kemudian melalui hantaran lintang Haindy dari sebelah kiri tiang gol pasukan PGA yang disudahkan dengan kemas oleh Sabir. Namun, kegembiraan itu hanya sementara apabila pasukan PGA menambah dua lagi gol akibat kesilapan pertahanan tengah gandingan Hillary dan Aznan yang membuat clearance yang kurang kemas beberapa kali.

Permainan menjadi seimbang selepas itu. Selang beberapa minit kemudian, gol ketiga Teknik FC muncul hasil jaringan Azri Kadir hasil gerakan laju Haindy yang menerima bola dari sepakan penjuru.

Permainan menjadi sedikit tegang apabila beberapa insiden kekasaran berlaku diatas padang. Hasilnya, Derlan ditendang bontot... Hahahaha... Memang tidak patut... Pakcik Zul (Pengadil) mengambil langkah bijak memberhentikan permainan lebih awal walaupun baki perlawanan ada 9 minit lagi. Dengan itu, perlawanan ini dimenangi oleh pasukan PGA dengan jaringan 3-4.

Penjaga gol (kiri) mengalami kecederaan dibahagian telinganya manakala Derlan (kanan) ditendang bontot... Hehehe... Rilek ko yau...

Keseluruhannya, corak permainan Teknik FC kembali kurang bermaya tanpa kehadiran pemain tengah dan pertahanan yang berpengalaman. Apapun stamina dan fitness para pemain semakin meningkat. Mungkin dimasa yang akan datang, sekiranya semua pemain veteren Teknik FC hadir bersama, pasukan PGA ini boleh dikalahkan... Mana tau la kan...


CATATAN: Lain kali kalau main dengan PGA ni kena hati-hati sikit....