Permainan dikuasai oleh PSKPPS sepenuhnya dalam separuh masa pertama...

Selepas membelasah LegaLego FC dengan jaringan 7-2 semalam, perlawanan hari ini menyaksikan Teknik FC dibelasah 7-1 oleh pasukan PSKPPS yang sedang membuat pemilihan peringkat ke-2.

Pasukan PSKPPS bermula garang dengan mendahului 4-0 dibabak pertama dan menambah 3 lagi jaringan dibabak ke-2. Gol saguhati pasukan Teknik FC dijaringkan oleh pemain jersi no 8 (Tidak tau namanya ni... Sebab bukan cikgu di Teknik Tawau). Apa pun peningkatan mendadak dalam separuh masa ke-2 perlu diberikan pujian terutamanya kepada penggerak bahagian tengah iaitu Awang Wahid dan Jasni.

CATATAN: Dengar-dengar macam ada perlawanan pada hari Khamis ni (07/10/2010) melawan Pasukan Veteran Pendidikan.