Menjadi hero dengan menjaringkan gol semangat pasukan Teknik FC di separuh masa pertama.

Perlawanan ini agak kurang menarik berbanding sebelum ini. Kelemahan dibahagian tengah pasukan Teknik FC sangat ketara dengan ketiadaan beberapa pemain berpengalaman seperti Awang Wahid dan Razi. Walau bagaimanapun keputusan seri 2-2 adalah keputusan yang adil.

Pemain Separuh Masa Pertama: Penjaga Gol - Iqbal, Pertahanan - Arash, Edward, Fazillah, Hillary, Tengah - Herman, Rozaini, Haindy, Suhairi, Penyerang - Aznan, Khairul.

Barisan pemain yang kekurangan pemain perancang dibahagian tengah menyaksikan Teknik FC menyerang dari bahagian tepi menggunakan segala kemahiran yang ada pada Haindy, Herman, Suhairi dan Rozaini. Walau bagaimanapun Kolej Komuniti mendahului seawal lima minit dan menambah jaringan lima minit kemudian.

3 minit sebelum tamat separuh masa pertama, penyerang Teknik FC mengegar jaring apabila Aznan yang tidak dikawal menyepak bola "rebound" dari jarak 35 meter. Penjaga gol lawan yang "off-position" hanya mampu melihat bola masuk. Tahniah ... Aznan!!

Separuh masa pertama tamat pada kedudukan 2-1.


Dua pemain iaitu Iqbal dan Alex Solehuddin yang membuat penampilan setelah lama tidak bermain untuk Teknik FC.

Pemain Separuh Masa Kedua: Penjaga Gol - Herman, Pertahanan - Arash, Zamri, Hillary, Shamsuddin, Tengah - Suhairi, Rozaini, Aznan, Haindy, Penyerang - Alex Solehuddin, Khairul. (Mungkin lah tu.. macam tidak berapa ingat sudah bah... kalau silap sorry la..)

Dalam separuh masa ke-2, Pasukan Teknik FC mengubah sedikit corak serangan dengan kehadiran veteren, Alex Solehudin yang banyak menahan bola sebelum melorongkan bola ke kanan dan kiri.

Akhirnya, Teknik FC berjaya menyamakan kedudukan melalui Rozaini CRonaldo melalui rembatan kencang yang mengenai kepala pemain pertahanan sebelum masuk ke dalam gawang gol.

Kolej Komuniti terus mengasak Teknik FC namun kesefahaman yang mula terjalin di benteng pertahanan menafikan segala serangan.

Perlawanan tamat dengan kedudukan 2-2.

Secara keseluruhannya, pasukan Kolej Komuniti kelihatan lebih fit berbanding Teknik FC yang bermain dengan corak yang lebih laju berbanding Teknik FC. Apa pun, Teknik FC berjaya menutup kelemahan di bahagian tengah pada separuh masa kedua.

Man Of The Match melalui kaca mata Pahaikan.com: Pemain no. 9 Kolej Komuniti - 2 gol, 1 assist.

CATATAN: Memang benginilah kalu jumpa pasukan yang fit...