Percubaan jarak jauh TM FC yang terkena palang...

Teknik FC bangkit semula selepas kekalahan teruk Rabu lepas dengan membenam Remaja TM FC, 1-0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Azri Kadir. Gol diperolehi dalam separuh masa pertama, hasil hantaran Razi yang mengelirukan pertahanan TM FC. Azri yang berjaya melepasi perangkap offside dengan tenang berhadapan dengan penjaga gol lawan dan menolak bola ke sebelah kiri gawang gol lawan.


Dari Kiri: Berdiri - Maxmillan, Ghazali, Razi, Sabir, Suhairi, Khairul dan Saufi. Duduk - Fadilah, Azri, Arash, Syazani, Hillary dan Haindy. Tiada dalam gambar: Edward, Zamri, Azman, Aznan, Awang Wahid dan Budak Dewan Makan.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Teknik FC, Adik Syazani yang mula menampakkan sedikit peningkatan berbanding 2 perlawanan lepas. Kelibat Razi yang sememangnya ditagih untuk mengawal bahagian tengah juga harus dipuji. Kehadiran Awang Wahid pada separuh masa ke 2 memantapkan lagi bahagian tengah Teknik FC. Pemain remaja TM FC yang bertenaga bermain dengan laju namun bahagian pertahanan berjaya memerangkap mereka dengan offside trap beberapa kali. Tahniah kepada semua pemain pertahanan Teknik FC. Kesefahaman yang sudah terjalin perlu di teruskan!!!


Lima lawan dua... namun serangan dapat dipatahkan...

Antara punca yang menyumbang kepada kemenangan ini ialah penyerang lawan yang tidak dapat membuat sentuhan penyudah yang baik dan corak permainan yang belum matang oleh Remaja TM FC. Teknik FC mengambil peluang dari semua kelemahan ini dan menterjemahkannya kepada kemenangan, yang pasti akan meningkatkan moral pasukan setelah kekalahan tempoh hari.


Mungkinkah tuah kasut baru?

Pemain skuad sekolah yang diberikan peluang untuk bermain bersama Teknik FC juga makin menunjukkan peningkatan. Pengalaman ini pastinya akan memberikan mereka motivasi dalaman untuk terus bermain cemerlang dalam pertandingan bawah 18 tahun peringkat daerah nanti.

CATATAN: Bila mau main di Kompleks Sukan Tawau ni... Tidak sabar mau tengok jersi baru beraksi....