Kaki Emas...Kadir yang terus menjaring untuk Pasukan Teknik FC...

Pasukan Teknik FC tewas dalam perlawanan ini. Ini adalah kekalahan ke-2 dalam Siri Perlawanan Persahabatan tahun 2010 selepas perlawanan dengan Gingga FC pada 27/01/2010. Pasukan TM FC yang diturunkan untuk beraksi menentang Teknik FC adalah pasukan yang bermain untuk Liga SAFA Tawau. Ternyata permainan pantas pasukan TM FC tidak mampu dikekang oleh barisan pertahanan Teknik FC yang diserang bertalu-talu oleh sejurus selepas wisel permulaan dibunyikan.

TM FC mendahului seawal minit ke-5 perlawanan dan gol ke-2 menyusul 15 minit selepas itu. Selepas mendapat, gol ke-2, TM FC memperlahankan corak permainan dan Teknik FC mempergunakan peluang ini untuk menjaringkan 2 gol untuk kedudukan 2 - 2 pada separuh masa pertama. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Azry Kadir, gol pertama adalah hasil hantaran Aznan membuat overlap disebelah kiri. Aznan seperti memukau barisan pertahanan lawan yang nampaknya tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang pergerakannya. Azry yang menunggu di bahagian tengah mendapat hantaran dan menyudahkannya ke sebelah kiri gawang gol TM FC.

Seperti mendapat suntikan semangat, Teknik FC menumpukan serangan dari sebelah kanan dan berjaya melakukan beberapa percubaan, namun tidak tepat kepada sasaran. Akhirnya, melalui tendangan sudut sebelah kanan, Azry melakukan inswinger yang telah menghasilkan gol ke-2 akibat kesilapan penjaga gol yang salah mentafsir kedudukan bola.

Teknik FC melakukan beberapa pertukaran diseparuh masa ke-2, dan Salam yang nampaknya mengalami kecederaan lama digantikan oleh Syazani.


Aksi guru dan pelajar semasa perlawanan menentang TM FC

Sebaik wisel dibunyikan, TM FC terus mengasak Teknik FC dengan pantas dan serangan demi serangan dilakukan namun barisan pertahanan yang dikemudi oleh McManus dan Zamri terus bertahan. Oleh kerana pergerakan penyerang TM FC agak pantas, barisan pertahanan Teknik FC kelihatan seperti menggunakan perangkap offside untuk mengawal pergerakan mereka. Namun, apabila perangkap tidak mengena... Syazani dicuba berkali-kali dan berjaya melakukan beberapa save.

Walau bagaimanapun, 3 gol menyusul dan dua daripadanya adalah kesilapan penjaga gol Teknik FC yang agak kurang berkomunikasi dengan bahagian pertahanan. Apa pun... bagi saya, strategi perangkap offside dan ketidakcekapan penjaga gol menjadi punca utama kepada gol-gol tersebut.


Syazani tewas empat kali dalam separuh masa ke-2

Mendahului dengan jaringan 6 - 2, TM FC terus mengasak Teknik FC dengan serangan-serangan yang berbahaya namun tindakan penyudah yang tumpul menyelamatkan pasukan Teknik FC daripada dibelasah lebih teruk.

Beberapa pertukaran posisi dilakukan dimana, Ghazali dan Suhairi turun ke barisan petahanan menggantikan McManus dan Shamsuddin yang beralih ke bahagian tengah. Hillary pula ditugaskan sebagai penyerang utama. Hasilnya, Hillary menjaringkan gol ke-3 Teknik FC hasil hantaran lambung yang cantik daripada Derlan. Hillary yang mengejar bola meninggalkan seorang pemain pertahanan lawan sebelum melakukan chip untuk menewaskan penjaga gol utama pasukan TM FC. Kedudukan kekal dan TM FC menang dengan jaringan 6 - 3.

Secara keseluruhannya, pasukan Teknik FC bukan lawan pasukan senior TM FC dalam perlawanan ini. Tahap kecergasan dan corak permainan ternyata membezakan kedua-dua pasukan ini. Pasukan Teknik FC yang kurang menggunakan khidmat Awang Wahid selaku pemain tengah di separuh masa pertama, nampaknya mengganggu rentak permainan Teknik FC yang selalu diaplikasikan sebelum ini. Apa pun peluang beraksi bersama TM FC pastinya akan menjadi sebuah kenangan yang akan terus dikongsikan selepas ini.

CATATAN: Bagus sikit ni banding masa lawan Gingga ...