Dari kiri: Berdiri - Shamsudin, Derlan, Khairul, Zamri, Herman, Rozaini, Haindy, Noran, Sabir. Duduk - Suhairi, Jasni, Arash, Hilarry, Zubir dan Ahmad Fakhrurazi. Pemain yang tidak termasuk dalam gambar ialah Kadir, Jamry, McManus dan Amirul.
Sila download di sini: Teknik FC 13 Oct 2009.


Teknik FC beraksi cemerlang semalam menewaskan Veteran Tawau FC, 2-1 yang menyaksikan Rozaini @ Ronaldo menjaringkan gol di kedua-dua babak permainan.

Barisan Pemain Separuh Masa Pertama: Penjaga Gol - Herman, Pertahanan - Arash, Derlan, Zamri dan Shamsudin, Tengah - Haindy, Jasni, Ahmad Fakhrurazi dan Rozaini @ Ronaldo, Penyerang - Khairul dan Ustaz Noran.


Rozaini penjaring kedua-dua gol dalam perlawanan ini memandang ketengah padang menunggu wisel dibunyikan...

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Veteran FC  terus mengasak barisan pertahanan Teknik FC. Namun pertahanan Teknik FC yang kental menafikan segala usaha pasukan lawan. Hampir semua perangkap offside menjadi... Hebat korang ni...

Gol pertama perlawanan dijaringkan pada minit ke 12, hasil gerakan ala Ronaldinho daripada Khairul yang melorongkan bola kepada Haindy. Haindy mengawal bola ke sebelah kiri kawasan lawan dan membuat hantaran lintang kedalam kotak penalti. Rozaini yang berada dalam kedudukan selesa menyudahkan hantaran tersebut dengan tandukan yang kemas.

Perlawanan nampak seimbang tetapi Pasukan Veteran Tawau FC, bermain dengan rentak yang lebih perlahan berbanding Teknik FC. Akibat kekasaran yang dilakukan oleh gandingan Zamri dan Derlan, pasukan Veteran Tawau FC dianugerahkan sepakan percuma kira-kira 25 meter betul-betul didepan pintu gol pada akhir separuh masa pertama. Namun kecekapan Herman menangkap kemas bola yang dirembat ke sebelah kiri gawang gol menyelamatkan pasukan Teknik FC.


Perlawanan kekal 1-0 sehingga wisel penamat separuh masa pertama.

Teknik FC melakukan enam pertukaran pada separuh masa kedua dengan menukar corak permainan kepada 4-5-1 dimana Derlan, Zamri, Shamsudin, Arash, Ustaz Noran dan Khairul (bermain untuk Pasukan Veteran FC di separuh masa kedua) digantikan oleh Zubir, Hillary, Amirul (pertahanan), Suhairi, Jamry (Tengah) dan Kadir (penyerang). Haindy juga bertukar posisi dari tengah ke bahagian pertahanan.

Serangan yang dikemudi oleh pemain tengah berpengalaman, Ahmad Fakhrurazi akhirnya menjelmakan gol kedua melalui lorongan kaki kiri dan disudahkan dengan rembatan kencang ke sudut kiri gawang gol pasukan lawan oleh Rozaini... Macam Ronaldo???

Gandingan Kadir, Rozaini, Razi cuba mencipta beberapa peluang tetapi berjaya dikawal kemas oleh barisan pertahanan Pasukan Veteran FC. Gerakan dari sebelah kanan dan kiri oleh Suhairi dan Rozaini turut dipatahkan dengan mudah oleh pasukan lawan. Haindy turut membantu bahagian serangan dengan larian pantas namun Kadir tidak dapat meyerlahkan keupayaannya setelah lama tidak beraksi.

Di akhir babak ke dua, Veteren FC berjaya mengecilkan jurang gol hasil jaringan Sabir Lansah. Gol dihasilkan akibat perebutan bola dihadapan pintu gol yang turut memusnahkan impian kemenangan tanpa bolos Teknik FC. Haindy dan Hillary yang beraksi cemerlang dari awal babak separuh masa kedua, gagal mengawal empat pemain lawan yang mengatur serangan pantas tersebut.


Salah seorang pemain Teknik FC iaitu McManus @ Vidic bermain sebagai left back untuk pasukan Veteran FC yang kekurangan pemain. Mc berjaya mengawal Rozaini dengan kemas dan mengagalkan beberapa gerakan Teknik FC disebelah kiri pada separuh masa pertama.

Secara keseluruhannya, Teknik FC beraksi lebih mantap cuma beberapa peluang keemasan disia-siakan begitu sahaja.

Perlawanan seterusnya ialah menentang JPJ Tawau pada 15 Oktober 2009. Semua warga Teknik dijemput menyaksikan perlawan tersebut. Datanglah beramai-ramai untuk menyokong Pasukan kita!!!

Gambar-gambar lain dalam perlawanan ini boleh diakses di Pahaikan's Album: Klik sini: Album Teknik FC vs Veteran Tawau FC - 13 Oct 2009

CATATAN: Boleh menang kah lawan JPJ?