Percubaan ke arah pintu gol namun tersasar melepasi palang gol Teknik FC

Misi membalas dendam atas kekalahan dengan pasukan PSKPPS Selection Ahad lepas, tidak menjadi kenyataan apabila Teknik FC yang bermain dengan cemerlang di separuh masa pertama hanya mampu melakar keputusan seri 1-1. Gol Teknik FC dijaringkan oleh Edward Sabinus pada minit ke-20 separuh masa pertama.

Teknik FC kali ini turun padang dengan bahagian tengah yang mantap, dibarisi oleh Derlan, Jasni, Awang Wahid dan Alex berjaya mengucar kacirkan bahagian pertahanan Veteren PSKPPS dengan hantaran cantik dan permainan pendek yang menarik.

Peluang pertama hadir seawal minit ke- 4 apabila Edward yang mendapat hantaran dari Awang Wahid terus melepasi perangkap offside dan walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol, Edward gagal melaksanakan tugas dengan baik. Bola terkena tiang dan sempat dikeluarkan dari kawasan berbahaya oleh pemain pertahanan.


Fadillah, Hillary dan Zamirul mengawal benteng pertahanan Teknik FC dengan ketat di separuh masa pertama

Peluang seterusnya hadir 2 minit kemudian apabila Derlan membuat hantaran cantik melepasi perangkap offside namun percubaan Edward terkeluar disebelah kiri pintu gol lawan.

Pasukan Veteren PSKPPS menyusun semula rentak serangan mereka dan berjaya memperolehi gol pertama melalui rembatan deras oleh pemain berpengalaman no 10 mereka pada minit ke 15. Veteren PSKPPS mendahului 1-0.

Gol Teknik FC muncul dalam suatu gerakan cantik yang bermula dari Alex yang membuat hantaran kepada Awang Wahid. Awang Wahid yang tidak dikawal membuat hantaran lintang leret dari sebelah kiri ke sebelah kanan dimana Nizam dan Jasni membuat dummy sebelum Edward merembat masuk untuk gol penyamaan.


Edward kecewa dengan peluang yang tidak dapat disempurnakan... Tidak apa ada game lagi hari Ahad...

Teknik FC sepatutnya berada dihadapan apabila Khairul yang tidak dikawal mendapat hantaran cantik dari Edward. Namun percubaannya tersasar ke sebelah kanan.

Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Dalam separuh masa ke-2, Awang Wahid bertukar arah untuk bermain dengan Veteren PSKPPS. Permainan betukar seimbang tetapi Teknik FC mempunyai lebih banyak peluang namun semuanya disia-siakan.


Semua pemain terpaksa berpuas hati dengan keputusan perlawanan pada hari ini...

Secara keseluruhan, corak permainan Teknik FC bolehlah dikatakan meningkat namun tahap kecergasan pemain masih seperti sebelum ini.... Mungkin selepas 2 atau 3 game lagi??

CATATAN: Cam mana ni... Bilang mau belasah... Hehehehe...