Ride' & Ride' - Edika (Kiri) bersama Hero Bola Sepak 2009 Mohd Ridwan yang dipasangkan untuk mengawal bahagian tengah dalam perlawanan ini.

Perlawanan yang telah dipersetujui secara lisan oleh kedua-dua pengurus pasukan sejak dua minggu lepas ini telah berlangsung kelmarin di Padang Stadium Lama Tawau. Teknik Tawau U18 beraksi dengan jersi hijau manakala pasukan Piala Presiden Sabah (PPS) dengan jersi putih. Pengadil perlawanan ialah Pakcik Zul.

Tidak kesemua pemain kesebelasan utama Teknik Tawau U18 hadir dalam perlawanan ini. Antaranya ialah Mohd Sazrin (Midfield), Azwan (Midfield), Hazrim (Striker), Naziruddin (Striker) dan Nasir (Right-Back). Ada antara mereka ini sudah pun meninggalkan Tawau untuk berada di Kota Kinabalu. Peluang yang jarang-jarang diperolehi iaitu beraksi menentang Pasukan Piala Presiden Sabah (Liga Simpanan FAM) terlepas begitu sahaja...


Antara aksi Ride' & Ride' dalam perlawanan ini...

Saya tiba ke tempat perlawanan kira-kira jam 4:40 petang dimana sudah 20 minit permainan separuh masa pertama berlangsung. Kedudukan ketika itu ialah PPS mendahului dengan jaringan 3 - 0. Ternyata pengalaman dan corak permainan TT U18 tidak berupaya untuk menandingi kehebatan PPS. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 4 - 0.

Menurut Cikgu Razi, peluang terbaik TT U18 dalam separuh masa pertama diperolehi oleh Yusdiandee yang hanya berhadapan dengan penjaga gol PPS dalam situasi one-by-one, namun percubaannya tersasar.

Saya juga dimaklumkan tentang kecederaan dibahagian tangan yang dialami oleh Zulkifli, pemain sayap kanan TT U18 akibat terjatuh semasa dalam permainan. Cikgu McManus Sing selaku Ketua Jurulatih menghantar pelajar ini ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut. Harap-harap kecederaan yang dialami tidak terlalu serius...


Rehat separuh masa pertama... Cikgu Haindy memberikan tips dan kelemahan dalam permainan separuh masa pertama..

Satu pertukaran dilakukan untuk separuh masa ke-2, dimana penjaga gol utama iaitu Salam memberikan laluan kepada Syazmie untuk turut sama menimba pengalaman bermain bersama Pasukan PPS.

Dalam separuh masa ke-2, corak permainan TT U18 sedikit terkawal berbanding separuh masa pertama. Mereka kelihatan bermain secara defensive dan kedua-dua Ride' turun kebawah untuk membantu bahagian pertahanan. Sekali sekala bola sampai ke dalam kawasan PPS namun Qayyum tidak berjaya melepasi pemain pertahanan PPS yang menyaksikan gerakan yang cuba dibuat mati begitu sahaja. Peluang terbaik TT U18 dalam separuh masa ke-2 ialah percubaan Maxmillan dari sepakan percuma pada jarak 30 meter yang terus ke dakapan penjaga gol PPS. PPS yang masih belum berpuas hati terus mengasak TT U18 dan berjaya menambah 2 gol lagi untuk kedudukan 6 - 0.

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat...


Antara guru-guru yang turut menyaksikan perlawanan ini... Ada juga yang mau main tapi...

Secara keseluruhannya, pasukan TT U18 tidak menunjukkan keupayaan sebenar dalam perlawanan ini. Mungkin tidak boleh menang tapi sekurang-kurangnya menjaringkan gol sagu hati sekiranya semua pemain kesebelasan utama hadir dalam perlawanan ini. Kecederaan yang dialami oleh Zulkifli juga turut menyumbang kepada kekalahan ini. Walau bagaimanapun pengalaman beraksi bersama PPS pasti akan menjadi bualan walaupun kalah.....


Bersalaman tanda terima kasih... Kalau ada peluang kita main lagi...

CATATAN: Gembira dengan prestasi pasukan walaupun dibelasah...