Gambar kenangan perlawanan persahabatan antara Teknik Tawau U18 dengan Gingga Kiddos

Perlawanan yang bermula dengan agak seimbang ini akhirnya memihak kepada Pasukan Teknik Tawau U18 dengan jaringan 7 -1. Pasukan Gingga Kiddos yang diwakili oleh pemain-pemain berbakat sekitar Tawau yang berumur antara 14 - 17 tahun. Kebanyakan para pemain ini mewakili sekolah masing-masing dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat Sekolah Daerah Tawau dalam tahun ini.

Apa pun, persediaan mental dan fizikal yang lebih mantap dalam dua minggu kebelakangan ini telah memberikan kelebihan kepada Teknik Tawau U18. Tahap kecergasan fizikal yang lebih baik nampaknya berjaya dimanipulasikan dengan baik oleh jurulatih dan para pemain berjaya menunjukkan kualiti permainan yang lebih baik.

Gol Teknik Tawau U18 dijaringkan oleh Naziruddin (2 gol), Hazrim (1 gol), Saufi (1 gol - sepakan percuma pada jarak 25 meter), Andi (1 gol) dan Maxmillan (2 gol). Gol yang dijaringkan oleh Hazrim, Andi dan Maxmillan adalah hasil hantaran Mohd Sazrin yang menunjukkan corak permainan cemerlang dalam perlawanan ini.


Mohd Sazrin bermain dengan cemerlang dan layak mendapat gelaran Man Of The Match dalam perlawanan ini...

Gol saguhati pasukan Gingga Kiddos dijaringkan oleh penyerang no. 17 mereka (pemain Bawah 18 tahun SM Islamiah Tawau) apabila Salam yang teragak-agak untuk menerkam bola digantung untuk kedudukan 3 - 1 diseparuh masa pertama.


Pasukan Softball yang baru selesai menjalani latihan harian sempat menjeling para pemain bola sepak dalam perjalanan balik. Ehem... Ada apa-apa kah??

Secara keseluruhannya, masih terdapat sedikit kelemahan yang ditunjukkan dalam perlawanan ini. 90% pemain boleh dianggap sudah cukup baik untuk menghadapi perlawan sengit dalam Kejohanan Antara Teknik, namun baki 10% itu masih perlu diperbaiki. Sikap dan disipilin pemain juga perlu dititikberatkan dan semoga segala latihan dan tunjuk ajar selama ini akan membuahkan hasil terbaik dalam KAT nanti.

Masih ada satu perlawanan persahabatan sebelum bertolak ke Sandakan... Lawan apa ya??


Jurulatih dan pengurus masih risau dengan beberapa kelemahan yang ditunjukkan dalam perlawanan kali ini...

CATATAN: Petang ni (23/04/2010) ada friendly untuk Softball... Apa lagi... Jom pi tengok...