Rizwan (Kado), Amirul dan Saufi (Piping) mencuba nasib untuk merebut tempat ke Skuad Senior TM FC

Minggu lepas, Pengurus TM FC menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Los, ada player SM Teknik yang boleh diserapkan dalam TM FC ka? Liga SAFA akan start. Kami mau ambil player muda dalam 1-2 orang".

Memandangkan pada tahun ini Pasukan Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau menjadi Juara Daerah Tawau jadi saya rasa memang ada pemain yang boleh diketengahkan... Jadi saya contactlah pemain bawah 18 tahun.... Seramai 4 orang pemain Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau menghadiri pemilihan dalam perlawanan persahabatan TM FC untuk Skuad Senior TM FC pada petang itu. Mereka ialah Maxmillan, Rizwan, Amirul dan Saufi. Semuanya adalah anak didik, Jurulatih, McManus Sing.

Perlawanan petang itu adalah diantara Pasukan TM FC dan Pasukan Kompleks Sukan Tawau (TSC). Amirul dan beberapa orang pemain junior menyertai skuad senior dalam babak pertama perlawanan. Perlawanan yang dijadualkan pada jam 4:00 petang hanya bermula pada jam 4:50 petang kerana ramai pemain lewat sampai....


Keadaan di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau semasa menunggu kehadiran pemain...


Encik Ismail Awang berbincang tentang posisi kegemaran pemain..


Amirul menyarung jersi TM FC buat pertama kali...


Aikk... Jurulatih pun join sekali ka...

TM FC tewas 1-2 dalam perlawanan ini...
Permainan babak pertama nampaknya menyebelahi Pasukan TSC yang mendahului TM FC pada minit ke-10 separuh masa pertama. Permainan separuh masa pertama nampaknya lebih dikuasai oleh TSC.

Dalam separuh masa ke-2, ramai pemain senior direhatkan dan pemain junior dimasukkan. Rizwan bermain sebagai bek kanan, Saufi sebagai bek kiri, Amirul sebagai bek tengah kanan dan Maxmillan sebagai pemain sayap kiri. Dalam babak ke-2 perlawanan ini, TM FC lebih banyak menguasai bola namun tiada gerakan penyudah yang mantap untuk menyamakan kedudukan sehinggalah 10 minit terakhir perlawanan. Gol dijaringkan oleh pemain no 12 melalui sepakan jarak dekat yang menewaskan penjaga gol TSC.

Walau bagaimanapun, TSC meningkatkan serangan di sebelah kiri untuk gol ke-2, lima minit sebelum tamat perlawanan.


Antara aksi depan gol yang sempat diambil...


Berkumpul selepas perlawanan tamat....

CATATAN: Harap-harap salah seorang pemain SM Teknik Tawau akan diambil...