Memberikan tumpuan sepenuhnya...

Program Suka-Suka Guru-guru SM Teknik Tawau ini adalah dianjurkan oleh Cikgu Azly dan Cikgu Khairul yang menjadikan Permainan PS2: Winning Eleven 2011 sebagai flatform untuk mengisi masa lapang guru-guru sambil berhibur dan mengeratkan silaturahim.

Yuran yang dikenakan ialah RM10.00, makan minum disediakan dan hadiah berupa jersi ditawarkan kepada satu pemenang iaitu juara utama perlawanan yang menggunakan sistem liga ini.


Iklan promosi Pertandingan PS2 Winning Eleven 2011

Seramai 7 orang guru telah mengambil bahagian dengan nama pasukan masing-masing iaitu:

NDY FC (Cikgu Haindy)
RUL FC (Cikgu Khairul Nuzaiham)
NAN FC (Cikgu Aznan)
BIDIE FC (Cikgu Ahmad Zabidi)
UCOP FC (Cikgu Yusuf)
LIE FC (Cikgu Azly)
BU FC (Cikgu Derlan)


Selaku peminat Manchester United, saya turun ke gelangang perlawanan bukan untuk bermain tetapi hanya sebagai penonton. Iyalah.. Sokong mana-mana player yang guna Team Man Utd saja... Apa pun.. Tahniah kepada semua yang menggunakan Team Man Utd sebab hanya kalah 3 perlawanan daripada jumlah 20 perlawanan liga.


Manchester United lawan Chelsea FC.. Apa boleh buat.. Kalah.. Cuba lagi Ucop!!


Macam yakin menang saja tu Cikgu Zabidi... Hehehe.. Tapi...


Ngam lah ni... Kalau ramai, boleh buka satu meja lagi...


Bila dibolosi, para penyokong kecewa dan pastinya para pemain agak tertekan... Ada main "psycho" juga ni...

Siapa yang menang saya pun kurang pasti sebab perlawanan terpaksa ditangguhkan untuk Solat Jumaat.  Mungkin RUL FC yang menang ni... Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang keputusan perlawanan bolehlah diajukan terus kepada para peserta pertandingan... Diaorang saja yang tau ni..


Keputusan rasmi perlawanan yang belum dimurnikan...

CATATAN: Bagus buat aktiviti bulanan ni...