Barisan pemain yang mewakili pasukan masing-masing untuk perlawanan suku akhir di Padang SM Teknik Tawau. SM Teknik Tawau berbaju hijau manakala SMK Titingan berbaju biru tua.


KEPUTUSAN PERLAWANAN

SMK Titingan
SM Teknik Tawau
1
7
Muhd Azlan Dapit - 16
Zulkifli - 10
Muhd Sazrin - 39(p), 49
Hazrim - 46
Qayyum - 64
Risman - 65
Yusdiandee - 67
* Info perlawanan: 2 kad kuning dilayangkan untuk pasukan SM Teknik Tawau (Syed Nazry dan Yusdiandee)

Ulasan: Ketiadaan Salam dibarisan terakhir agak merisaukan Edward (Pengurus), McManus (Ketua Jurulatih) dan Haindy (Penolong Jurulatih) terutamanya apabila mendengar khabar bahawa SMK Titingan mampu untuk bermain dalam corak permainan pantas. Kerisauan bertambah apabila Syazmi yang menggantikan Salam sebagai penjaga gol utama dibolosi pada minit ke-16 melalui kesilapan yang dilakukannya. Namun, semua kerisauan semakin pudar setelah separuh masa pertama tamat pada kedudukan 1-2, yang memihak kepada SM Teknik Tawau.

Di awal separuh masa ke-2, para pemain pasukan SMK Titingan kelihatan bersemangat untuk mencari gol penyamaan, namun kehadiran gol ke-3 dan ke-4 ternyata membenamkan semangat mereka dan SM Teknik Tawau memanfaatkan peluang ini untuk menambah bilangan gol.

Selesa pada kedudukan 1-4, pengurus bertindak bijak mengeluarkan beberapa para pemain utama dan memasukkan beberapa pemain simpanan. Qayyum, Yusdiandee, Risman dan Edika yang baru dimasukkan mengerakkan jentara serangan dan berjaya menambah 3 gol lagi, menjadikan kedudukan 1-7.

Secara keseluruhannya, pasukan SM Teknik Tawau U18 menunjukkan permainan yang cemerlang. Gol-gol yang berpunca daripada gerakan yang hebat menjadikan perlawanan ini suatu perlawanan yang sangat menarik. Beberapa pemain perlu diberikan pujian terutamanya Zulkifli, Saufi, Muhd Sazrin, Hazrim dan Hafiz yang bermain pada tahap yang sangat memuaskan. Pemain-pemain lain secara tidak langsung juga turut menyumbang kepada kecemerlangan ini.

Sekalung tahniah kepada Pengurus, Ketua Jurulatih dan Penolong Jurulatih serta pemain SM Teknik Tawau U18.... Teruskan kecemerlangan anda...

KEPUTUSAN LAIN:
Tempat: Padang SM St Patrick

SMK Kuhara
SMK Balung
2
3
* Info perlawanan: Perlawanan 80 minit berakhir dengan jaringan 1-1. SMK Balung menang dalam masa tambahan, 2-0. Tiada info penjaring.

CATATAN: Tahniah... SMK Balung memang terlampau selalu masuk final...