Sedar tak sedar sudah 300 entry dimasukkan kedalam Blog Pahaikan.com... Termasuk yang ini.. 301. Untuk meraikan kejayaan peribadi ini... Hehehe... Saya dengan sukacita menganjurkan satu peraduan iaitu Kuiz Kimia Online Pahaikan.com khas untuk para pelajar SM Teknik Tawau.

Kuiz Kimia ini akan menumpukan kepada matapelajaran Kimia sahaja khasnya untuk silibus KBSM. Mungkin sekali sekala soalan diluar topik akan ditanya tetapi tidaklah banyak.. mungkin dalam 5% sahaja.

Peraduan ini adalah percuma untuk semua pelajar dan peraturan serta format jawapan boleh dirujuk dengan mengklik link ini: Peraturan & Format Jawapan.

Kuiz ini boleh diakses dengan mengklik picture link dibawah Cbox (Tempat untuk letak message) atau dalam Menu Panitia Kimia dibawah tab Panitia Kimia.

Yang lain jangan kecewa... Mungkin ada cara lain yang boleh diiktiharkan... Buat masa ini sumber kewangan amat tidak menggalakkan.

CATATAN: Terima kasih atas sokongan anda selama ini...