Ambil gambar dulu sebelum pergi hospital...

Sebelum ini, Brennen sudah pun hilang 2 gigi iaitu satu dibahagian bawah (depan-tengah) pada bulan pertengahan bulan Jun dan satu dibahagian atas (depan-tengah) pada awal bulan Ogos. Tidak sangka pula yang ketiga menyusul dalam bulan September.

Ceritanya... Brennen terhantuk mulutnya di kepala si Bradley masa tengah berbaris menunggu giliran di kaunter Giant, Tawau. Apa lagi... Teriak bukan main si Brennen. Adei... Masa tu gigi sudah goyang dan berdarah. Memang banyak darah keluar...

Jadi besoknya, 08/09/2010 saya bawalah si Brennen ni pergi hospital Tawau untuk cabut gigi. Untuk pengetahuan semua, masa pendaftaran untuk Klinik Pergigian Hospital Tawau ialah dari jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi sahaja. Kalau lewat terpaksa tunggu besoknya. Masa petang biasanya khas untuk mereka yang telah membuat temujanji pada hari-hari sebelumnya.

Kami sampai lebih kurang jam 9:30 pagi. Ruangan menunggu nampak kosong. Nasib baik tidak ramai orang. Jadi selepas sahaja mendaftar terus masuk. Brennen dapat di Bilik No. 2. Nampak macam tiada doktor yang bertugas disana, hanya seorang jururawat yang dibantu oleh dua orang pembantu.


Inikah yang mau dicabut? Iya... isk... isk (Nada menangis..)

Proses mencabut gigi yang memang bergoyang sememangnya tidak mengambil masa yang lama... Lebih kurang 5 minit siap. Mula-mula gigi yang bergoyang disapukan dengan sejenis gel yang mana selepas disapu gigi kelihatan pucat dan lemah. Lepas tu tunggu dalam 2 - 3 minit. Biasanya masa ni, doktor atau jururawat bercerita dengan pesakit mereka. Lepas tu buka mulut dan cabut... Siap... Ada nangis sikit la...


1... 2... 3... Cabut...

Jadi sekarang Brennen sudah kurang 3 gigi susu dan gigi kekal bakal tumbuh tidak lama lagi... Jangan susah hati la Brennen tidak lama lagi... Senyuman akan kembali seperti dahulu... Hehehehee....

CATATAN: Pun sama-sama cabut gigi... Gigi geraham pula tu... Hehehe..