Majlis Pendaftaran ini bermula pada jam 7.30 pagi dan semua guru dikehendaki datang seperti biasa iaitu 6.45 pagi. Suasana yang bising tetapi terkawal menghidupkan semangat majlis ini. Pelajar baru datang dengan pakaian sekolah tetapi dengan lencana sekolah lama... Ibu bapa kelihatan gembira menyaksikan anak-anak mereka berjaya menempatkan diri ke sekolah bertaraf KLUSTER dengan kepimpinan En. Johan Okasa.  

Setelah proses pendaftaran dilakukan lebih kurang 2 1/2 jam, semua ibu bapa dan pelajar dijemput masuk ke dalam Dewan Tun Ahamadsah untuk ucapan perkenalan daripada pengetua sekolah. Ibu bapa dan pelajar mendengar dengan penuh perhatian kepada perkara yang cuba disampaikan oleh pengetua.

Kira-kira 260 pelajar daripada 450 nama yang disenaraikan berjaya mendaftar pada hari ini. Rasanya, jumlah ini akan bertambah apabila pengambilan ke-2 dibuka untuk pendaftaran bermula Isnin depan.


Suasana di luar dewan agak berlainan berbanding di dalam. Para pelajar dan guru yang terlibat dengan majlis pendaftaran ini masih sibuk menguruskan kedatangan ibu bapa yang masih datang menghantar anak mereka. Lain pula dengan yang menguruskan makanan... Apa pun sekalung ucapan terima kasih untuk mereka yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


Suasana di Koperasi SM Teknik Tawau

Suasana di Koperasi Sekolah agak sedikit berbeza. Melalui pemerhatian saya, kehadiran pelanggan yang ramai menyebabkan peralatan dan pakaian yang sedang diedarkan pada masa itu agak berselerak. Terdapat enam pelajar yang membantu pengagihan dan keadaaan agak terkawal. Banyak untung kah koperasi?? Hehehee...

CATATAN: Lepas ni minggu penjanaan minda pula kan....