Bunga manggar tersusun menanti ketibaan pegawai dari MPC...

Dahi berkerut, peluh meleleh... Memang panas juga masa ni... Tapi demi menjalankan tanggungjawab... Semua perkara remeh temeh diketepikan. Inilah antara perasaan para guru dan pelajar semasa menunggu ketibaan Pegawai Penilai 5S, Encik Zaki Jaafar dari MPC, Petaling Jaya.

Encik Zaki Jaafar merupakan salah seorang daripada pegawai penilai 5S dari MPC yang berpengalaman dan mula berkhidmat dengan perbadanan ini sejak 1993 lagi.


Encik Zaki selesai memeriksa barisan kawalan kehormat Kadet Polis SMV Tawau...


Encik Zaki bersalaman dengan Encik Talip Maming, salah seorang daripada 5 ketua zon 5S SMV Tawau...

Setelah sesi sambutan ketibaan tetamu, Encik Zaki diiringi ke Bilik Tetamu untuk mencatat nama dalam Buku Pelawat sebelum dibawa ke BMG 1 untuk bersemuka dengan para guru SM Vokasional Tawau.


Cikgu Darawati menggantikan Cikgu Kholik yang tidak dapat menjalankan tugas selaku pengacara majlis pada hari ini...


Ucapan ringkas daripada Encik Zaki...

Selepas sesi di BMG 1 dan BMG 2 (pemeriksaan dokumen), Encik Zaki memulakan sesi auditnya di Pejabat Am, diikuti oleh Bilik HEM, Bilik Kaunseling, Bilik Cetak, Bilik Juruteknik dan Stor Utama. Sesi audit diteruskan ke kelas dan juga bengkel selepas itu...


Encik Kasim menerangkan SOP untuk Kertas A4 kepada Encik Zaki...


Begini cara kerusi disusun untuk memudahkan proses menyapu...


Cikgu Sharipah Rafidah menerangkan idea penyusunan dan pemilihan warna dalam Kelas 5 SKM ABM kepada Encik Zaki...


Asrama memang tip top... Tahniah, Cikgu Syahir...


Guru-guru Kursus Rekaan Fesyen... Senyuman bermakna...

Hasil audit pada hari ini diumumkan lebih kurang jam 4.15 petang dengan SM Vokasional Tawau dicadangkan sebagai layak untuk mendapat sijil pengiktirafan 5S dengan markah sekitar 84 - 90. Dan, tepukan gemuruh daripada seluruh ahli pasukan 5S SM Vokasional Tawau memecahkan keheningan blok Teknikal yang agak sunyi kerana besok ialah hari cuti... Mungkin juga tepukan ini adalah luahan kelegaan setelah memerah keringat sehingga ke pagi. Sememangnya usaha yang telah dicurahkan selama lebih kurang 2 bulan ini layak untuk mendapat pengiktirafan seumpamanya.... Tahniah!!!

Gambar-gambar boleh dilihat di: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.407013245975429.103829.100000002726077&type=3

Gambar lain oleh Ols Montuls disini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.350505264985084.69617.100000768408932&type=3

CATATAN: Tahniah sangat-sangat....