3 gol dalam separuh masa pertama yang berjaya menjatuhkan moral pasukan Teknik U18...

Perlawanan ke-4 Siri Perlawanan Persahabatan ini berlangsung pada jam 04:30 petang. Kemenangan ke atas SMIT disebelah pagi sepatutnya menjadi motivasi mereka untuk perlawanan ini namun apa yang berlaku agak berbeza. Pasukan Teknik U18 Boys dibelasah 5-0 oleh Pasukan Staff Kompleks Sukan Tawau (SKST).

Kekalahan pertama dalam 4 perlawanan....

Ternyata kemahiran dan pengalaman membezakan kedua-dua pasukan ini. Pasukan SKST yang diwakili oleh pemain senior berusia 20-an dan 30-an mempergunakan semua kelebihan mereka untuk menenggelamkan perasaan megah pemain Teknik U18 yang sebelum ini kurang mempraktikkan ilmu yang cuba disampaikan oleh para jurulatih.

Bahagian pertahanan menjadi kucar kacir dan 3 gol diperolehi oleh pasukan lawan dalam masa 20 minit pertama perlawanan. SKST juga mencipta beberapa peluang lain namun tindakan penyudah yang teruk menyelamatkan pasukan Teknik U18 dari terus diaibkan pada separuh masa pertama.



Perbincangan pasukan pada waktu rehat separuh masa...

Setelah diberikan beberapa tip semasa rehat separuh masa, Teknik U18 menunjukkan corak permainan yang agak berbeza diseparuh masa kedua. Walau bagaimanapun beberapa peluang yang dijelmakan tidak mampu disudahkan untuk mendapat gol saguhati. Pasukan SKST pula menambah 2 lagi gol melalui pemain pertahanan mereka yang kelihatan yakin membantu bahagian serangan.

Secara peribadi, saya merasakan Sistem 4-4-2 yang cuba digunakan oleh Jurulatih Teknik U18 dalam perlawanan ini hanya tinggal sistem dan ianya tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Hampir kesemua pemain tidak mengekalkan sistem tersebut dan hanya bermain secara individu seperti sebelum ini. Walau bagaimanapun, tahap permainan beberapa orang pemain kelihatan sudah meningkat dan lebih berkeyakinan. Perlawanan peringkat daerah pula hanya tinggal seminggu sahaja lagi...

Apa kata pengurus dan jurulatih???



Saufi sempat memintas bola daripada masuk ke gawang apabila Salam gagal merampas bola dari penyerang SKST...

Pemain yang boleh dipuji dalam perlawanan ini: Hafiz dan Hazrim.

CATATAN: Nah kan... dibelasah....