Ya... Saya terima duitnya... Terima kasih...

Dapat duit memang best... Sejak beberapa hari ini, banyak sekolah sedang mengagihkan duit bantuan persekolahan RM100 untuk para pelajar sesi 2012. Dan, hari ini giliran bakal pelajar Tingkatan 5 sesi 2012 SM Teknik Tawau pula...

Seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan pada 07 Oktober yang lepas, Akhbar Berita Harian (11/11/2011) melaporkan bahawa lebih kurang 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan persekolahan berjumlah RM100[Secara spesifiknya, sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan 5,061,574 pelajar, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej Tentera (32,238)]. Di SM Teknik Tawau, lebih kurang 400 orang.

Oleh kerana, saya dimaklumkan untuk merakamkan memori untuk program penyerahan bantuan ini, jadi entri ini pun kena ada la.. Ya ka... Hehehe...


Serius juga ni... Sabar dulu la kio...


Hmm... Apa mau dibuat dengan duit RM100 tu nanti Acai...

Program Agihan Bantuan Persekolahan yang berlangsung di SM Teknik Tawau ini dirasmikan oleh Encik Gasing Bin Haji Saling, EXCO Pendidikan Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga merupakan Bapa Angkat Kokurikulum SM Teknik Tawau. Majlis bermula kira-kira jam 10:00 pagi.


Ucapan alu-aluan dari pengetua sekolah...


Ucapan Perasmian daripada Encik Gasing Haji Saling...

Ramai juga ibu bapa yang hadir ke sekolah masa ni... Terima kasih semuanya... Pasal kalau tidak datang, kena tunggu tahun depan.. Masa buka sekolah... Mesti lebih sibuk...


Kira duit bagus-bagus, Cikgu Salinah... Nanti kurang pula...


Uii... Tokey pun turun padang ka..??


Cikgu Abdullah Qahar pun sibuk membantu ya...


Ada wartawan juga yang datang... Dari syarikat mana tu ya, lupa pula tanya...

Tapi, ada juga kes pelajar ambil duit, bilang emaknya sakit, tapi lepas tu, ada pula emaknya datang sekolah. Apa pun ceritanya, proses pengagihan duit berjalan lancar..... Terima kasih kepada semua guru kelas dan wakil guru kelas yang sama-sama hadir untuk menjayakan program ini..


Sumbangan khas PIBG yang disampaikan oleh Encik Gasing...

CATATAN: PRU 13 tidak lama lagi ni... Ehem....