Encik Awang Matasan berkongsi ilmu asas DSLR...

Bengkel Fotografi & Pencahayaan Anjuran PKG Tawau ini telah disertai oleh 56 orang guru bersama 10 orang juruteknik dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Tawau. Yuran yang dikenakan ialah RM90.00 dan setiap peserta juga diwajibkan membawa bersama Camera DSLR dan Speedlight.


Geng satu kumpulan, Cikgu Jefry dan Cikgu Jasimo bersama Cikgu Jenal (Baju hitam, kumpulan lain)...


Pun geng satu kumpulan, Cik Satria dan Cik Nurhafizah...

Objektif bengkel yang disasarkan ialah apabila tamat kursus, para peserta berkeupayaan untuk menghasilkan gambar yang lebih berkualiti untuk tujuan pendokumentasian atau laporan yang setaraf dengan perkembangan teknologi.


Outing di sekitar bangunan PKG Tawau...


Orang bilang gambar di sekitar bangunan... Ini pigi gambar di luar kawasan pula...


Sibuk semuanya mau mengambil gambar model....


Inilah pula modelnya...

Dua orang penceramah dari Unit Penyiaran BTPN Sabah dijemput untuk tujuan ini iaitu Encik Awang Matasan dan Encik Azlan Umpai.

Tempat-tempat mengambil gambar untuk slot "Outing" ialah Studio Kaki Candid, Mini Zoo SRJK Yuk Chin, Persiaran Trausen dan LA Hotel.


Percubaan White balance: 5200K


Percubaan White Balance: Tungsten

Hari pertama banyak menumpukan kepada perkara asas untuk kamera jenis DSLR iaitu kawalan ISO, Aperture, shutter speed dan white balance. Peserta juga diberikan tips tentang teknik asas mengambil gambar seperti teknik rule of third dan cara menggunakan metering mode.


Menggaru kepala pula si kawan memikirkan gaya apa yang mau dibikin...


Gambar landscape dari atas bangunan LA Hotel...


Sekali lagi... Percubaan bermain lighting dengan model...

Hari ke-2 pula menumpukan kepada mengaplikasikan perkara asas untuk kegunaan harian. Beberapa teknik lighting juga ditunjukkan untuk gambar indoor dan juga outdoor.


Lanscape di Persiaran Trausen....


Gambar aksi spontan....

Hari ke-3 pula ialah hari penutupan yang menyaksikan setiap kumpulan mempersembahkan 5 imej atau gambar tanpa edit untuk diberikan penilaian bagi anugerah gambar kreatif. Dan, 5 pemenang berjaya merangkul anugerah ini, yang saya ingat cuma Cikgu Kasim (1), Cikgu Naizuwan (2) dan Juruteknik Nurhafizah (5). Tempat ke-3 dan ke-4, saya tidak ingat pula... sorry la...


Nah kau... Berfikir jauh ni...


Apa nama ini burung...???


Gambar dari bawah... Pokok kayu mati di dalam kawasan Mini Zoo SRJK Yuk Chin....

Majlis perasmian penutupan ini disempurnakan oleh Encik Bolong @ Darwis Chole, Penolong Pengarah UPT BTPN Sabah (Tidak sempat ambil gambar....).

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat terutamanya ahli kumpulan B2 iaitu Cik Satria, Cik Nurhafizah, Encik Jasimo, Encik Jefry dan Ustaz Razak....

Gambar lain semasa bengkel ini bolehlah dilihat disini: http://www.facebook.com/media/set/edit/a.471526532857433.113820.100000002726077/

CATATAN: Masa tidak mencukupi untuk bahagian editing (post process)....