Biawak kudung yang dimaksudkan...

Sebelum ni selalu kita dengar pasal tokek, gekko gecko atau tokay-gecko dijual pada harga yang mencecah puluhan ribu ringgit. Yang paling hebat... Dijual pada harga RM64 juta pada berat 64 kilogram di Nunukan, Indonesia (Sila klik sini untuk baca artikel).

Kali ini, pahaikan.com membawakan satu cerita yang lebih menarik iaitu Biawak Kudung di Flat SM Teknik Tawau yang didakwa mencapai harga RM150,000. Setakat ini harga biawak tersebut masih lagi menjadi perdebatan namun pahaikan.com sempat mengambil gambar biawak kudung yang dimaksudkan.








Sememangnya biawak ini hanya mempunyai 3 kaki sahaja...




Biawak kudung melarikan diri ke dalam longkang apabila kamera semakin dekat...

Kenapa pula biawak ni jadi begitu mahal..?? Mungkin sebab biawak ni tiada satu kaki... Apa pun... Semua keistimewaannya hanya diketahui oleh pembeli yang ingin memiliki haiwan ini...

Sekiranya anda terserempak dengan biawak ini... Anda bolehlah menangkapnya kerana mungkin sudah ada pembeli sedang menunggu...

Info:
Biawak adalah sejenis reptila. Biawak yang banyak terdapat di Malaysia adalah dari spesis Biawak air atau dikenali sebagai Varanus salvator. Biawak air tergolong dalam spesies biawak besar yang mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang - dengan saiz purata kebanyakan biawak matang sekitar 2.5 meter (8.9 kaki) panjang. Berat maksimum seekor Varanus salvator adalah lebih daripada 90 kg, tetapi kebanyakannya hanya mampu mencapai separuh daripada saiz tersebut. Badannya berotot dengan ekor yang panjang dan kuat. Biawak air biasanya hidup berhampiran dengan kawasan yang berair.

Kegunaan biawak dalam bidang perubatan tradisional: Tiada maklumat

Read More on Biawak at this link: http://varanidae.org/biawak

CATATAN: RM150,000... Wah cukup lumayan ni...