Puma_English_Banner_120x240_10_19_06



Showing category "Unit Beruniform" (Show all posts)

KAPA SM Vokasional Tawau Rangkul Juara Keseluruhan Peringkat Negeri Sabah 2012

Posted by pahaikan on Monday, April 9, 2012, In : Unit Beruniform 


Pengetua, Encik Johan Okasa bersama Cikgu Yahya Ismail menjulang Piala Juara Keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran Peringkat Negeri Sabah dalam majlis perhimpunan hari ini...

Pasukan Kadet Pertahanan Awam SM Vokasional Tawau yang berjuang bersama Kontinjen Tawau kembali dari Kota Marudu dengan membawa kejayaan besar menjadi Juara Keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Sabah. Pertandingan yang telah berlangsung pada 01 - 05 April 201...
Continue reading ...
 

Perkhemahan Renjer Puteri Peringkat Daerah Tawau 2012

Posted by pahaikan on Tuesday, March 13, 2012, In : Unit Beruniform 


Antara peserta perkhemahan kali ini...

SM Vokasional Tawau menjadi tuan rumah sekali lagi untuk Perkhemahan Renjer Puteri Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau dan, macam biasa, Padang ERT menjadi tapak perkhemahan pilihan untuk mereka.

Perkhemahan ini bermula pada 10 Mac dan berakhir pada 13 Mac 2012. Saya tidak pasti pula berapa banyak sekolah yang terlibat, tapi macam lebih 10 buah sekolah.


Aktiviti mengambil gambar binatang dan tumbuhan...


Taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti...

Apa p...
Continue reading ...
 

Perkhemahan Unit Beruniform NGO Peringkat Daerah Tawau 2012

Posted by pahaikan on Friday, February 24, 2012, In : Unit Beruniform 


Banner Perkhemahan Bersepadu Badan Unit Beruniform NGO di hadapan kawasan SMK Abaka Tawau...

Perkhemahan Unit Beruniform NGO Peringkat Daerah Tawau 2012 telah berlangsung di Padang SMK Abaka bermula 22 - 24  Februari 2012. SM Vokasional Tawau telah menghantar 10 peserta (Macam 2 orang disuruh balik... Ya ka..?) bersama 2 guru pengiring iaitu Cikgu Marklin dan Cikgu Edelin.


Cuaca agak mendung ketika perkhemahan berlangsung....


Antara barisan bendera sekolah yang menyertai aktiviti perkhemahan ini...

Continue reading ...
 

Perkhemahan Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah Peringkat MSS Daerah Tawau

Posted by pahaikan on Monday, February 13, 2012, In : Unit Beruniform 


Hmm.. Bilang bertiga... Mana satu lagii??

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat MSS Daerah Tawau bermula pada jam 2:00 petang hari ini (13/02/2012) di Padang SMK Jalan Apas, Tawau. Rasanya, PT KRS Tawau ni cikgu di SMK Jalan Apas, sebab tahun lepas pun di sana juga. Cuma sebelum tu buat di SMK Balung.

SM Vokasional Tawau menghantar 6 peserta untuk program ini diiringi oleh dua orang guru iaitu, Cikgu Well dan Cikgu Dewi.


Cikgu Dewi dan Cikgu Well... Bah palan-palan...


Antara guru peng...

Continue reading ...
 

Perhimpunan Unit Beruniform Kendalian Unit Pengakap Siri 1/2012 - 13/02/2012

Posted by pahaikan on Monday, February 13, 2012, In : Unit Beruniform 


Antara ahli pengakap yang menjadi tunjang kepada perjalanan majlis pada perhimpunan kali ini...

Selepas diumumkan lebih kurang 3 minggu yang lalu, Unit Pengakap mendahului senarai pengendali Majlis Perhimpunan Mingguan dikalangan unit beruniform pada hari ini. Tahniah! Unit Pengakap dan tidak lupa kepada guru yang bertanggungjawab, Cikgu Nor Suhada Mat Hasan ... Kalau mau cerita perjalanan majlis pun banyak ni... Lebih kurang macam yang sebelum ini la... Kalau rajin cek entri yang dulu la ya.....
Continue reading ...
 

Aktiviti Abseiling Di Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau - 10/11/2011

Posted by pahaikan on Friday, November 11, 2011, In : Unit Beruniform 


Begini kah??... Takut bah juga ni...

Aktiviti yang dirancang selepas Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau ini direalisasikan pada hari ini apabila 40 orang pelajar berkunjung ke Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau. Aktiviti yang diaturkan oleh Guru Penasihat Kadet Polis SM Teknik Tawau ini disertai oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga Kadet Bomba SM Teknik Tawau.


Watchmen... Encik Endran (kiri) dan Encik Jafferyson..


Salah masuk tali ka boss??... Nanti ...

Continue reading ...
 

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau (28 - 30/10/2011)

Posted by pahaikan on Sunday, October 30, 2011, In : Unit Beruniform 

Gambar kenangan selepas majlis perasmian penutupan......

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau 2011 menutup tirai pada hari ini dalam Majlis Perasmian Penutupan yang agak sederhana. Program perkhemahan yang telah berjalan sepanjang 3 hari 2 malam ini diharungi dengan penuh tabah dan disulami dengan beberapa aktiviti yang menarik.

Program yang bermula pada 28/10/2011 ini membuka kaunter pendaftaran lebih kurang jam 7:00 pagi. Kelemahan proses komunikasi antara penyelaras (saya la...
Continue reading ...
 

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau 2011

Posted by pahaikan on Thursday, October 20, 2011, In : Unit Beruniform 


Di sanaa bahh.....

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau akan diadakan pada 28-30/10/2011 ini di Tapak Perkhemahan SM Teknik Tawau yang berada di hujung padang bolasepak. Tapak perkhemahan yang diletakkan dibawah pengawasan Cikgu Buareng Rahima ini bakal dijadikan tapak tetap untuk mana-mana aktiviti perkhemahan peringkat sekolah.

Seperti pada tahun sebelumnya, penyertaan untuk perkhemahan ini adalah tertutup untuk 10 pasukan unit beruniform SM Teknik Tawau dan bakal diserikan d...
Continue reading ...
 

Khemah dan Kanopi Unit Beruniform Sedia Untuk Berkhidmat

Posted by pahaikan on Wednesday, September 7, 2011, In : Unit Beruniform 


Lima bungkusan yang sampai dulu daripada jumlah 8 bungkusan semuanya...

Sebanyak 17 buah khemah dan 1 buah kanopi untuk Unit Beruniform SM Teknik Tawau akhirnya tiba selepas mula belayar sejak 20 September lepas. Peralatan perkhemahan yang dibeli ini adalah menggunakan wang sumbangan PIBG, SM Teknik Tawau dengan tag harga lebih kurang RM6500.

Tiba dalam pejabat am pada petang Selasa, 06/09/2011, khemah dan kanopi dibuka untuk diperiksa pada hari ini dan saya dibantu oleh para pelajar 4 PKOM. Ta...
Continue reading ...
 

Sesi Pengambaran Unit Beruniform SM Teknik Tawau - 24/08/2011

Posted by pahaikan on Thursday, August 25, 2011, In : Unit Beruniform 

Sesi pengambaran Unit Beruniform berlangsung kelmarin dengan 10 unit beruniform mengambil tempat masing-masing untuk sesi ini. Hampir semua unit berjaya mengenakan pakaian lengkap masing-masing. Tahniah...


Unit Pengakap


Unit Kadet Polis


Unit Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)


Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS)


Unit Silat Cekak Ustaz Hanafi


Unit Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)


Unit Renjer Puteri


Unit Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia


Unit Kadet Pertahanan Awam (KAPA)


Unit Taekwondo

Walaupun bebe...
Continue reading ...
 

Pemarkahan Unit Kokurikulum Pelajar Tingkatan 5 2011

Posted by pahaikan on Thursday, July 21, 2011, In : Unit Beruniform 


Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Yahaya Ismail

Markah pelajar Tingkatan 5 untuk pencapaian dalam bidang kokuriklum diberikan pada hari ini merangkumi semua unit dalam kokurikulum iaitu Unit Beruniform, Unit Kelab dan Persatuan dan Unit Sukan dan Permainan.

Program yang dikendalikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Yahaya Ismail ini dibantu oleh semua penyelaras unit dan semua guru-guru penasihat yang tidak terlibat dengan aktiviti pelajar tingkatan 4.


Cikgu Rosdiana dan Cikgu Wan Shamsuha...

Continue reading ...
 

Perkhemahan Gabungan PPIM SM Teknik Tawau (29-30/04/2011)

Posted by pahaikan on Monday, May 2, 2011, In : Unit Beruniform 


Barisan Guru Penasihat PPIM SM Teknik Tawau, Cikgu Kasmah Baharon, Cikgu Heatinorayu Md Nor dan Ustazah Azizah

Warna MERAH JAMBU akhirnya mewarnai tapak perkhemahan SM Teknik Tawau apabila Persatuan Puteri Islam Malaysia SM Teknik Tawau berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Gabungan Persatuan Puteri Islam Malaysia Peringkat Daerah Tawau bersama dengan peserta dari SM Konven St Ursula. Perkhemahan yang digelar KEM PUTERI AKTIF ini berlangsung selama dua hari satu malam ini, membariskan beber...
Continue reading ...
 

Pengakap Teknik Tawau Berkhemah Lagi (15-17/04/2011)

Posted by pahaikan on Monday, April 18, 2011, In : Unit Beruniform 


Pemandangan tapak khemah dari kawasan flat SM Teknik Tawau

Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau berkhemah lagi.... Masih di tempat yang sama iaitu Tapak Perkhemahan SM Teknik Tawau tetapi kali ini, para pelajar Tingkatan 5 dilantik menjadi fasilitator manakala pelajar Tingkatan 4 menjadi peserta perkhemahan.


Sunyi, sepi, sejuk dan seram... Hehehe...

Seramai 33 orang peserta terlibat dalam perkhemahan kali ini dan 12 orang fasilitator terlibat bersama dengan 4 orang guru pengakap.


Ambil gambar rama...

Continue reading ...
 

Perkhemahan Di SM St Patrick, Tawau (05 - 07/03/2011)

Posted by pahaikan on Wednesday, March 9, 2011, In : Unit Beruniform 


Kain Banting Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Peringkat Daerah Tawau 2011

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform NGO Peringkat Daerah Tawau yang telah berlangsung selama 3 hari dua malam ini telah diadakan di Padang Serbaguna SM St Patrick Tawau dari 05 hingga 07 Mac 2011 yang lalu. Perkhemahan ini adalah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau dan SM St Patrick Tawau dengan mensasarkan 5 objektif utama iaitu:
  • Membentuk jati diri dan semangat setia kawan dalam kalangan peserta serta peluang u...

Continue reading ...
 

Perkhemahan Peringkat Dalaman Unit Pengakap SM Teknik Tawau (26 - 27/02/2011)

Posted by pahaikan on Tuesday, March 1, 2011, In : Unit Beruniform 


Antara pelajar yang mengikuti program perkhemahan ini

Perkhemahan Peringkat Dalaman Unit Pengakap SM Teknik Tawau telah berlangsung dengan jayanya pada 26 & 27/02/2011. Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti program ini.

Antara yang menarik dalam perkhemahan ini ialah kursus orienteering dan ikatan. Dan, kalau tidak silap diaorang ni macam tidak tidur semalaman... Tahlah apa diorang bikin...


Pondok urusetia yang telah didirikan khas untuk tapak perkhemahan ini..


Ni khemah perempuan ka lelaki ni...

Continue reading ...
 

Perjumpaan Unit Beruniform Kali Pertama 2011 - 12/02/2011

Posted by pahaikan on Thursday, February 17, 2011, In : Unit Beruniform 


Unit yang baru ditubuhkan pada tahun ini, Unit Kadet Polis SM Teknik Tawau

Perubahan dalam barisan pentadbiran pastinya akan membawa bersama perubahan yang difikirkan sesuai oleh mereka yang diberikan tanggungjawab tersebut. Selaras dengan itu, dibawah pimpinan Penolong Kanan Kokurikulum yang baru, Encik Yahaya Ismail, perjumpaan unit beruniform/sukan & permainan/kelab & persatuan yang sebelum ini dilakukan secara berselang seli pada petang Rabu, kini kembali kepada sistem yang digunakan 7 tah...
Continue reading ...
 

Perhimpunan Mingguan Kendalian Unit Pengakap SM Teknik Tawau - 18/10/2010

Posted by pahaikan on Tuesday, October 19, 2010, In : Unit Beruniform 


Pengetua, Encik Johan Okasa dan barisan pentabiran melangkah masuk ke dalam Dewan Tun Ahmad Shah sambil menerima tabik hormat daripada barisan ahli pengakap

Majlis Perhimpunan Mingguan minggu ini diserikan lagi dengan Perhimpunan Kendalian Unit Beruniform Pengakap. Ini adalah majlis perhimpunan ke-2 yang menggunakan khidmat pasukan unit beruniform sebagai pengendali majlis. Unit Pengakap dibawah guru penasihat Cikgu Zahrina, Cikgu Siti Ain Tahir dan Cikgu Fatmawati telah menerima dengan sukare...
Continue reading ...
 

Kem 1 Pengakap 1 Malaysia (29/07 - 02/08/2010)

Posted by pahaikan on Sunday, August 8, 2010, In : Unit Beruniform 


Duduk tinggi di menara pintu gerbang UMAS Scout... Tengok apa tu??

Kem 1 Pengakap 1 Malaysia yang telah berlangsung selama 5 hari 4 malam di Kem Kemahiran Pengakap, Tiku telah berakhir pada 02/08/2010 yang lalu. Saya difahamkan bahawa program perkhemahan ini turut meraikan Ulang Tahun ke-80, Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.


Banner Kem 1 Pengakap 1 Malaysia 2010


Papan tandatangan untuk Kem 1 Pengakap 1 Malaysia

Sebelum ini iaitu semasa saya mengikuti JamCab 2010 Nunukan, program perkhemahan ini ...
Continue reading ...
 

Jambore Cabang (JamCab) 2010 Nunukan, Indonesia... 25/06 - 02/07/2010

Posted by pahaikan on Saturday, July 3, 2010, In : Unit Beruniform 


Gambar kenangan pengakap Malaysia bersama Pramuka Indonesia

Pada 25 Jun hingga 2 Julai 2010 yang lepas, Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (Tawau) telah menghantar rombongan seramai 124 orang peserta untuk menyertai Jambore Cabang 2010 yang telah berlangsung di Nunukan, Indonesia. SM Teknik Tawau turut menghantar pelajar dan guru untuk jamboree ini.


Para peserta dari SM Teknik Tawau...


Hati-hati... Nanti terjatuh pula...

Bertolak lebih kurang jam 1.15 petang dari pelabuhan Tawau menggunak...
Continue reading ...
 

Perkhemahan KAPA SM Teknik Tawau (01-03/06/2010)

Posted by pahaikan on Thursday, June 3, 2010, In : Unit Beruniform 


Tahniah kepada guru penasihat dan pelajar yang telah menjayakan perkhemahan ini... 

Perkhemahan yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah disertai oleh 25 orang pelajar yang terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Tapak perkhemahan ialah di perkarangan padang ERT dihadapan bengkel AKK.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini ialah aktiviti up-sailing dan flying fox yang masing-masing dilakukan diblok Teknikal dan di Padang SM Tek...
Continue reading ...
 

Sambutan Hari Bomba Sedunia Peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Tawau - 26/05/2010

Posted by pahaikan on Thursday, May 27, 2010, In : Unit Beruniform 


Antara pelajar yang menyertai rombongan ke majlis sambutan ini....

Majlis Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat Sedunia Peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Tawau telah berlangsung dari jam 7:30 pagi hingga jam 3:30 petang pada 27 Mei 2010. Walaupun tidak dihadiri oleh mana-mana orang kenamaan.. Sambutan tetap meriah dan pastinya setiap pengunjung yang datang mempunyai kenangan manis untuk dikongsikan bersama.

SM Teknik Tawau turut memeriahkan majlis ini dengan menghantar seramai 20 orang...
Continue reading ...
 

Perkhemahan Pengakap SM Teknik Tawau: Suatu Kebanggaan!! (22-25/04/2010)

Posted by pahaikan on Tuesday, April 27, 2010, In : Unit Beruniform 


Inilah antara pelajar dan guru yang mengikuti program perkhemahan tersebut...

Perkhemahan Pengakap Peringkat SM Teknik Tawau 2010 ini dijalankan di Kem Kemahiran Pengakap Tiku, Tawau. Seramai 25 orang pelajar terlibat bersama-sama dengan 4 guru pengiring iaitu Cikgu Zahrina, Cikgu Ain, Cikgu Arash dan Cikgu Fatmawati. Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau turut dibantu oleh Kumpulan Pengakap Kelana A bersama dengan Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Tawau, Encik Abdul Kahar Bin Abdul Rahim.


Dari kanan:...

Continue reading ...
 

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah, NGO & GO Peringkat Daerah Tawau 2010 Bermula Hari Ini - 12/04/2010

Posted by pahaikan on Monday, April 12, 2010, In : Unit Beruniform 


Guru-guru pengiring untuk Perkhemahan Kadet Remaja, NGO & GO Peringkat Daerah Tawau 2010, (Dari kiri) Cikgu Norhayati Hapid dan Cikgu Hillary Lagin. Yang dua lagi, saya dan Edward kurang berkaitan... Hehehe..

Perkhemahan KRS, NGO & GO yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini akhirnya bermula pada hari ini. Tapak perkhemahan adalah di Kem Kemahiran Pengakap Tiku, Tawau. Pihak sekolah menghantar seramai 22 orang pelajar untuk perkhemahan ini bersama dengan 3 guru pengiring iaitu Cikgu Hillary (Ket...
Continue reading ...
 

Pengagihan Seluar Hitam Kepada Pelajar Hari ini - 27/01/2010

Posted by pahaikan on Wednesday, January 27, 2010, In : Unit Beruniform 


Antara pelajar terawal (Kelas 5 RF) mengambil seluar...

Seluar hitam baju korporat SM Teknik Tawau mula diagihkan pada hari ini selaras dengan unjuran Penolong Kanan Kokurikulum dalam perhimpunan pada hari Isnin lepas. Seluar hitam ini akan memperlihatkan keseragaman pada tahap yang lebih baik dari sebelum ini.

Dengan dibantu oleh 3 orang pelajar, pengagihan bermula pada jam 11.45 pagi sehingga 1.30 petang. Sebanyak 9 kelas telah menerima agihan seluar dan pengagihan untuk baki 7 kelas akan dis...
Continue reading ...
 

Pembatalan Semua Aktiviti Luar Dan Perkhemahan Peringkat Sekolah dan Daerah Tawau

Posted by pahaikan on Friday, August 14, 2009, In : Unit Beruniform 

Perhatian kepada semua guru dan pelajar sekitar Tawau, semua aktiviti luar adalah dilarang buat sementara waktu disebabkan penularan wabak influenza A H1N1 yang tidak dapat dikawal. Dinasihatkan agar, sentiasa berada dalam rumah dan elakkan berkumpul beramai-ramai dengan orang yang tidak diketahui tahap kesihatannya.

Apa boleh buat la.. tiada aktiviti luar tetapi aktiviti dalaman masih boleh dilakukan seperti biasa... Di bawah ini ialah surat makluman dari PPG Tawau yang diterima oleh Teknik T...
Continue reading ...
 

Corporate Shirt For TeknikTawau Teachers

Posted by pahaikan on Friday, May 8, 2009, In : Unit Beruniform 

"Oh!!! Tidak!!!!" That was among the words coming out from my mouth when I see the corporate shirt sample brought by Mr Edwin - the supplier. After two and a half month waiting, the finish prIoduct was quite frustrating. It was a good shirt but the cloth was too thin and I think its too sexy for the ladies. I don't think sexy teacher on Wednesday is good for our health!! You'll gets dizzy at the end of the day because your heart pumps to much blood to your head.



Well, I ask a student to try th...

Continue reading ...
 

Pertandingan Kemahiran Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara 2009

Posted by pahaikan on Friday, May 8, 2009, In : Unit Beruniform 

Look at the topic! Hehehe… Actually I don’t know how to translate them in English so I let it in its original state. Sorry for my weaknesses!

Well the competition starts at 07:30 a.m where the participants register their teams. Actually I am at my class doing the writing and balancing a chemical equations topic in 4PKE2 class. I can see them through the windows.  

While waiting for the other teams to arrive, the technical staffs still setting up some equipment for the Majlis Penutupan Pera...
Continue reading ...
 
 
Pahaikan.com is best viewed in 1024 x 768 resolution or higher. 




Related Posts with Thumbnails


















How many stars do you give to the 2009 Teacher's Day Theme song?
1
2
3
4
5
View Results
Free Myspace Poll





















Go ahead! Grab Pahaikan's button and paste it onto your website!



Add to The Free Dictionary








Recent Comments

Powered by Disqus










 

Make a free website with Yola