Beberapa aksi guru dan para peserta yang sempat dirakamkan semasa acara dijalankan...

Hanya dua acara dijalankan pada hari ini iaitu Acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera, masing-masing untuk 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Tiap-tiap kategori menampilkan 8 peserta menjadikan jumlah peserta terlibat seramai 64 orang.

Guru-guru yang ditugaskan sebagai urusetia pendaftaran dan pengadil menjalankan tugas dengan komited dan segalanya berjalan dengan lancar. Acara yang bermula lebih kurang jam 8:00 pagi ini berakhir pada jam 12:00 tengahari..

CATATAN: Tiada maklumat pemenang pula disini ni... Ada sesiapa yang boleh bagi maklumat...??