Bahan serbuk yang dipercayai Syabu dalam simpanan pelajar terlibat...

Memang biasa kita dengar benda begini... Tetapi ini memang eksklusif untuk SM Teknik Tawau. Dan pihak pentadbiran sama sekali tidak berkompromi dengan hal seperti ini.... Syabu seperti yang kita tahu adalah jenis ampethamine terbitan dari Kumpulan Dadah STIMULAN dengan nama saintifik "d-Methamphetamine hydrochloride".

Kesnya ialah, 3 orang pelajar didapati bersubahat dan memiliki 2 bekas kecil - 1 kecil dan 1 besar sedikit (Mungkin 3 pot) semasa berada dalam kawasan sekolah.
Kes ini berlaku pada 20 Julai 2011 yang lepas... Lebih kurang jam 2:50 petang (Ini masa saya sampai di Pejabat Am, mungkin lebih awal daripada itu...). Para pelajar yang terlibat dalam kes ini telah pun dibawa ke Balai Polis Cawangan Tawau pada hari kejadian.


Di sembunyikan dengan cermat dalam batang pen.... Bijak juga diaorang ni...

Mengikut maklumat terkini yang diberikan oleh pengetua dalam perhimpunan pada hari ini, para pelajar tersebut bakal dibicarakan mengikut seksyen tertentu.

Pahaikan.com sengaja melambatkan entri ini pasal menunggu keputusan kes, dan apabila kes ini sah dibicarakan barulah boleh keluar cerita... Ini pun hanya sebagai makluman dan pengajaran kepada para pembaca.... Maklumat tentang pelajar yang terlibat adalah RAHSIA... Kalau mau tahu lebih lanjut... Bolehlah hubungi pihak sekolah...


Pelajar yang terlibat dan ditangkap "basah" bersama bahan tersebut (disyaki bersubahat atau memiliki...)


INFO SYABU
Perkataan syabu sebenarnya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

  1. ICE
  2. GLASS
  3. CRACK METH
  4. HIROPONG
  5. BATU (STONES)
Credit: http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat_faq/faq_polis/faq_pegenalan_dadah.htm

Baca lagi:
What The Hell Is Syabu? :http://themalaysianlife.blogspot.com/2010/04/what-hell-is-syabu.html
Jenis Syabu: http://sladsmktt.tripod.com/syabu.htm

CATATAN: Masa depan gelap???