Gambar pinjam dari Facebook.com... Lupa pula dari mana ni.. Sorry la ya...

Tidak tahulah berapa ramai yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan festival ini. Ada yang bilang sampai 10,000 orang. Memang meriah. Malam kemuncak Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2012  telah menampilkan lebih kurang 30 etnik yang berada di Tawau dan dimeriahkan lagi dengan delegasi jemputan khas dari Kumpulan Kebudayaan Indonesia (Nunukan), Persembahan Yayasan Warisan Johor, Kumpulan Kebudayaan Brunei Darussalam, Etnik Jemputan dari Negara Syria dan Persembahan Kesenian Negeri Sarawak.

Sesak... Memang sesak jalan dalam bandar Tawau masa festival ni... Apa tidaknya, ada 6 jalan yang ditutup. Antara yang terlibat ialah Jalan Dunlop, Jalan Mahkamah, Jalan Persekutuan, Jalan St Patrick, Jalan Chester dan Jalan persimpangan bulatan menghala ke Jalan Aisbok.

Saya tidak sempat menghadiri kawasan utama festival ini, cuma di laluan perarakan di Jalan Dunlop. Apa pun, tahniah kepada Majlis Perbandaran Tawau yang berjaya menganjurkan festival ini, buat kali ke-2 tetapi diangkat ke peringkat antarabangsa pada kali ini.

Saya ada juga ambil gambar tapi... kecewa sikitlah sebab recycle time flash LUMIX FZ35 macam 10 saat. Banyak yang boleh "termiss" dalam masa 10 saat tuu...































Gambar-gambar di pentas utama semasa festival ini boleh dilihat dalam Facebook Majlis Perbandaran Tawau atau di budaini.com.

CATATAN: Acara tahunan yang bagus.. Sebab hotel di Tawau pun penuh... Hehehehe...