Barisan pemain dan jurulatih Skuad Bawah 18 Tahun SM Vokasional Tawau

Selepas membenamkan SM Islamiah di "The Green" SM Vokasional Tawau dengan jaringan 6-2 dalam siri perlawanan persahabatan yang ke-3, skuad Bawah 18 tahun SM Vokasional Tawau bertandang ke padang SM St Patrick untuk meneruskan rentak kemenangan.

Menurut Jurulatih Utama pasukan ini, Cikgu Mohd Harun Salimbangun, dia belum lagi berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya walaupun telah berjaya merekodkan 3 kemenangan dalam 3 perlawanan persahabatan sebelum ini. "Saya belum ada pemain simpanan yang cukup bagus untuk menutup beberapa ruang terutamanya pertahanan kanan dan kiri..."


Para pemain kesebelasan utama pasukan ini...

Saya tidak sempat melihat perlawanan ini sehingga ke wisel penamat, namun SM Vokasional Tawau ternyata mengawal permainan dan memaksa pasukan lawan berkampung di tempat sendiri. Tetapi disebabkan kelekaan, sekali sekala pemain sayap kanan dan kiri pasukan lawan berjaya melepasi perangkap offside pasukan SM Vokasional Tawau. Apa pun, Pasukan SM St Patrick tidak berjaya memberikan tekanan kepada penjaga gol SM Vokasional Tawau yang hanya dua kali memegang bola di sepanjang perlawanan diseparuh masa pertama.

Saya dimaklumkan bahawa, SM Vokasional Tawau menang perlawanan ini dengan jaringan 4-0 dan jurulatih mengambil peluang untuk mencuba beberapa posisi baru untuk semua pemain yang terlibat.

Adakah sejarah "TRIO DUSUN" akan berulang?? Kita tunggu dan lihat... Apa pun, syabas buat pasukan ini... Tingkatkan keyakinan dan kecergasan untuk berada pada tahap terbaik sebelum memulakan kempen Pertandingan Bolasepak Bawah 18 tahun Peringkat Daerah Tawau pada hujung bulan Mac nanti....

CATATAN: Boleh sampai final ka ini tahun...??