Ucapan perasmian oleh wakil YDP PIBG SM Teknik Tawau, E. Salman Hj Ongki

Majlis bermula pada jam 7.30 pagi ini, dimana semua guru dan pelajar berkumpul di Dewan TAS. Tetamu VIP, Timbalan YDP PIBG, Encik Salman Hj Ongki tiba lebih kurang jam 7.45 pagi. Setelah membuat ucapan yang panjang lebar dan membuat perasmian majlis, penyampaian anugerah dimulakan. Lebih kurang 100 anugerah disampaikan dalam majlis ini. Senarai penerima anugerah boleh dirujuk di sini: Senarai Penerima Anugerah HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2009.


Aii... Dibah dapat juga satu anugerah ko ya... Tahniah!!!

Guru-guru yang hadir kelihatan gembira melihat anak didik masing-masing naik ke pentas menerima anugerah untuk kategori masing-masing. Mungkin ada yang kecewa namun semua itu adalah suatu persaingan sihat yang seharusnya diharungi dengan membuat persediaan yang lebih rapi.


Ustaz Asiman.. Membuat persembahan Nasyid bersama kumpulan nasyid sekolah Teknik Tawau.

Hah... Ni yang menarik ni... Ustaz Asiman menyertai pelajar untuk membuat persembahan nasyid dengan dua buah lagu dari kumpulan UNIC iaitu, Jalinan dan Permata Keluarga. Memang ada kelas dan memang patut mendapat tepukan gemuruh dari pelajar dan guru... Hehehehe... Tahniah Asiman...


Persediaan dan persiapan untuk majlis ini dilakukan sejak hari sebelumnya dan ucapan tahniah patut diberikan kepada Student Voice Council (SVC) yang berjaya mengendalikan majlis dengan baik. Tugas mengacara majlis juga disempurnakan dengan baik.


Tahniah... Good job!!

Penyampaian hadiah dan anugerah mengambil masa lebih kurang 1 jam dan oleh kerana tiada pelajar yang mengambil gambar, Pahaikan.com sangat gembira memberikan gambar-gambar tersebut secara percuma. Gambar boleh di lihat di sini: Sila klik Pahaikan's Album. Untuk menyimpan gambar, sila klik kanan dan Save As.


Antara penerima-penerima anugerah dalam majlis tersebut.

Majlis tamat lebih kurang jam 10.00 pagi dan tetamu VIP dijamu di kantin sekolah.


Kepada yang tidak menerima anugerah, jangan risau. Ini bukanlah kayu pengukur untuk sejauh mana kamu bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan selepas SPM nanti. Peperiksaan yang bakal mengubah masa depan anda hanya tinggal 6 hari sahaja lagi. Tinggalkan yang keruh dan ambillah yang jernih. Usaha walaupun dalam minit-minit terakhir pasti akan memberikan impak dan membuahkan senyuman puas suatu masa nanti.

Kegagalan dalam SPM kali ini pasti akan meruntuhkan semangat pelajar namun sebelum ia berlaku bertindaklah dengan bijak!!!

CATATAN: Tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah!!! Jumpa lagi semasa mengambil keputusan SPM kelak...