Adik Norsyafiqa menerima hadiah untuk kategori Bola Jaring daripada Pengetua, Encik Johan Okasa

Program Mencari Bintang yang dijalankan dari 10 November yang lalu berakhir hari ini dengan menyaksikan tiga perlawanan akhir dijalankan untuk Pertandingan Bolasepak, Bola Jaring dan Futsal Wanita. Majlis Penutupan program ini dilakukan di Dewan Tun Ahmad Shah lebih kurang jam 10:00 pagi setelah perlawanan tamat.

Tidak ramai guru yang dapat hadir dalam majlis penutupan ini kerana proses p&p untuk Tingkatan 5 berjalan seperti biasa.. Apa pun semua pelajar masih kelihatan bersemangat untuk menerima sijil dan hadiah kemenangan...


Strategi apa mau bikin kali ni...


"Kita sudah leading... Jadi semua relaks... Okay..." Mungkin itulah yang dibincangkan oleh pasukan ini..


Urusetia pertandingan Bolasepak sedang menunggu majlis penyampaian hadiah yang akan disempurnakan oleh pengetua..

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah

Johan: Pro Goal
Naib Johan: 4PKE FC
Tempat Ke-3: The Killers


Amirul mewakili pasukan Pro Goal menerima hadiah selaku johan pertandingan Bolasepak daripada pengetua


Naib johan pertandingan bolasepak


Pertandingan Bola Jaring

Johan: Pelajar Pantang Menyerah
Naib Johan: Machu Pichu
Tempat Ke-3: Ze'a


Johan Pertandingan Bola Jaring


Naib Johan pertandingan Bola Jaring


Pertandingan Ragbi Sentuh (Touch Rugby)

Johan: Budak Ragbi Karan
Naib Johan: Spanar Boys
Tempat Ke-3: Budak Hostel


Johan Pertandingan Ragbi Sentuh


Naib Johan pertandingan Ragbi Sentuh


Pertandingan Futsal Wanita

Johan: Suka Suki
Naib Johan: Pelajar Pantang Menyerah
Tempat Ke-3: PD Crew


Johan pertandingan Futsal Wanita


Naib Johan Pertandingan Futsal Wanita


Pertandingan Teknik Idol

Johan: Sharifah Norasila (4 SKM-SK)
Naib Johan: Nasri (4 Kat)
Tempat Ke-3: Andika (4 PKom) & Shafei (4 KFL)


Adik Syarifah Norasila tidak hadir untuk menerima hadiah dan diwakili oleh pelajar lain...

Majlis penutupan tamat lebih kurang jam 11:15 pagi dan disusuli oleh jamuan ringan di kantin sekolah...


Pengetua menjamu selera dengan guru-guru


Aik.. Cikgu sempat berhenti untuk bergambar juga ya...

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini....


Pasangan pengacara...


Dapat sijil percuma?


Tahniah... Banyak piala nampak...


Senyuman perpisahan untuk Program Mencari Bintang 2010.. Tahun depan giliran Tingkatan 4 yang baru pula..

Kepada yang tidak jumpa gambarnya disini, sila klik: Album Program Mencari Bintang 2010 ... Mungkin gambar anda ada di sana...

CATATAN: Habis sudah... Harap tahun depan program dikekalkan....