Gambar kenangan selepas perlawanan separuh akhir ke-2, SM Teknik Tawau (Merah) menentang SMK Balung (Biru)

Misi untuk menjadi juara Pertandingan Hoki Bawah 18 tahun MSSDT gagal apabila kedua-dua pasukan masing-masing tewas 1-0 dalam perlawanan separuh akhir, semalam.

Kedua-dua pasukan mara keseparuh akhir setelah mendapat keputusan yang cukup memberangsangkan dalam peringkat kumpulan. Pasukan lelaki berjaya mengumpul 7 mata dengan 2 kemenangan dan satu seri untuk menjadi juara Kumpulan A manakala pasukan perempuan berjaya mengutip 1 mata dengan 1 seri dan satu kalah untuk menjadi Naib Juara Kumpulan D.


Keputusan perlawanan peringkat kumpulan

Pasukan hoki lelaki SM Teknik Tawau bertemu dengan Naib Juara Kumpulan B, iaitu pasukan SMK Balung yang rata-rata diwakili oleh pelajar Tingkatan 2. Perlawanan ini nampak seimbang dalam separuh masa pertama dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Namun tiada gol berjaya diperolehi.

Pasukan lelaki Teknik Tawau yang bermain cemerlang dalam perlawanan peringkat kumpulan dikejutkan dengan gol tunggal pasukan SMK Balung yang dijaringkan lima minit sebelum tamat separuh masa ke-2. SMK Balung yang lebih banyak mengawal bola dibahagian tengah dalam separuh masa ke-2, menjadi punca utama gerakan serangan mereka. Azman yang bermain dibahagian tengah kelihatan tidak berupaya untuk mengawal kedua-dua pemain tengah SMK Balung yang banyak bermain hantaran pendek.

Setelah tersentak dengan gol lawan, pasukan SM Teknik Tawau meningkatkan serangan melalui pemain sayap dan midfield tetapi sekali lagi dikejutkan dengan kecederaan kapten pasukan, Azman Ali yang terjatuh akibat terkena kayu hoki. Azman dikeluarkan untuk mendapatkan rawatan. SM Teknik Tawau terus mengasak namun tiada percubaan berbahaya yang dapat dilakukan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat.


Cikgu Rasi berbincang strategi dan corak permainan sebelum perlawanan dimulakan.


Azman (Kapten Pasukan) mengalami kecederaan lutut seminit selepas pasukan SMK Balung menjaringkan gol...


Inilah wajah-wajah pemain pasukan hoki perempuan SM Teknik Tawau..

Pasukan perempuan yang bermain lebih awal, turun dengan semangat yang tinggi untuk menentang pasukan SMK Abaka. Walaupun tidak disandarkan harapan yang besar berdasarkan kepada prestasi pasukan, namun peluang beraksi dalam perlawanan separuh akhir disiakan begitu sahaja. Corak permainan Pasukan SM Teknik Tawau langsung tidak memberikan tekanan kepada kubu pasukan lawan dan mereka lebih banyak bermain ditempat sendiri dengan corak bertahan.

Akhirnya, usaha pemain penyerang SMK Abaka yang sering melakukan percubaan berjaya mendapatkan gol tunggal perlawanan. Gol diperolehi pada separuh masa ke-2, hasil kesilapan bahagian pertahanan yang memberikan ruang untuk pemain lawan melakukan percubaan.


Pasukan hoki perempuan memberikan sokongan padu kepada pasukan hoki lelaki semasa perlawanan separuh akhir ke-2 lelaki...

Dalam perlawanan separuh akhir yang lain, keputusannya ialah:

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR - 24/03/2010

SMK Tawau
SMK Pasir Putih
10
-
-
Perlawanan separuh akhir lelaki(1)

SMK Pasir Putih
SMK Tawau
1
2
--
Perlawanan separuh akhir perempuan(2)

Secara keseluruhannya, pasukan Teknik Tawau telah menunjukkan permainan terbaik mereka namun tidak begitu bernasib baik untuk mara ke peringkat seterusnya. Apa pun... Tahniah kepada semua peserta dan tempat ke-3 adalah lebih baik daripada tiada........

Album Hoki MSSDT 2010 boleh diakses disini: Album Hoki MSSDT 2010

CATATAN: Stadium Hoki Kompleks Sukan Tawau teruk la.....