Pengetua, Encik Johan Okasa bersama Cikgu Yahya Ismail menjulang Piala Juara Keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran Peringkat Negeri Sabah dalam majlis perhimpunan hari ini...

Pasukan Kadet Pertahanan Awam SM Vokasional Tawau yang berjuang bersama Kontinjen Tawau kembali dari Kota Marudu dengan membawa kejayaan besar menjadi Juara Keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Sabah. Pertandingan yang telah berlangsung pada 01 - 05 April 2012 ini turut menyaksikan penguasaan Kontinjen Tawau dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.


Adik Siti Zulaikha balik-balik naik pentas... Banyak dia menang ni...Penat ka?? Hehehehe...

Oleh kerana sibuk ambil gambar, tidak sempat pula menulis maklumat pertandingan dan hadiah yang diterima. Untuk maklumat lanjut, silalah berhubung dengan Cikgu Norhayati Amir. Apa pun tahniah kepada pasukan ini yang setiap tahun memberikan kejayaan besar kepada sekolah.


Cikgu Norhayati Amir turut mengumumkan barisan ahli KAPA SM Vokasional Tawau yang akan mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan...


Antara 11 pelajar yang akan mewakili Negeri Sabah ke pertandingan peringkat kebangsaan...

Pertandingan peringkat kebangsaan dijadualkan pada 21 - 25 April 2012 di Negeri Terengganu.

CATATAN: Kalau johan di peringkat kebangsaan lagi best ni...