Cuba teka siapa juara Kejohanan Balapan & Padang MSS Daerah Tawau 2012...

Kejohanan Balapan & Padang Peringkat MSS Daerah Tawau 2012 berakhir petang kelmarin dengan SM Vokasional Tawau memperbaiki kedudukan keseluruhan dari tempat ke 15 (2011) ke tempat ke-10. Pencapaian 1 emas, 2 perak dan 8 gangsa dalam kejohanan kali ini merupakan pencapaian terbaik SM Vokasional Tawau dalam 5 tahun kebelakangan ini.

Kejohanan yang bermula sejak 14/02/2012 ini menampilkan 6 Zon sekolah rendah dan 24 buah sekolah menengah bagi kategori Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun. Tidak pasti pula jumlah atlit keseluruhan yang terlibat...


Antara atlit-atlit yang bersedia untuk larian 4 x 100m saringan pertama...

Macam biasa, SM Vokasional Tawau hanya menghantar peserta untuk Kategori Bawah 18 tahun. Dan, menurut maklumat yang saya terima, 36 orang atlit untuk semua acara yang dipertandingkan. Tapi, ada juga cerita pasal kuartet 4 x 100m lelaki dan perempuan SM Vokasional Tawau yang dibatalkan penyertaan kerana kesilapan teknikal oleh pengurus, Cikgu Shaharudin. Tapi apa boleh buatlah... Kadang-kadang memang kita akan tersilap juga... Cuma ada sikit kerugian di pihak atlit yang sudah berlatih untuk acara tersebut.


Atlit sekolah dalam saringan 200m


4 pelari saja bah ni...


Pengurus, penolong pengurus dan jurulatih....


Gaya apa la pula ni...

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Balapan & Padang kali ini dirasmikan oleh YB Datuk Tawfiq Hj Abu Bakar Titingan, ADUN N 56 APAS.


Peserta perbarisan Kategori Sekolah Rendah Zon Merotai mendahului senarai peserta untuk acara perbarisan kali ini...


Ada lagi yang kurang ka tu??


Peserta SM Vokasional Tawau.... Jersi Oren..


Kontinjen perbarisan SMK Tawau II


Kontinjen perbarisan SMK Jalan Apas... Hanya berempat?


Kontinjen perbarisan SMK Merotai Besar


Kontinjen perbarisan SMK Kinabutan...


Kontinjen perbarisan SMK Jambatan Putih...


Kontinjen perbarisan SM St Patrick, Tawau


YB Datuk Tawfiq menerima tabik hormat dari peserta perbarisan lintas hormat...


Kontinjen perbarisan SMK Tawau


Kontinjen perbarisan SMK Titingan...


Kontinjen perbarisan SM Vokasional Tawau


Encik Darmanshah menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis ini...


YB Datuk Tawfiq menyampaikan ucapan perasmian dengan penuh semangat...


Para peserta perbarisan sedang tekun mendengar ucapan dari YB Datuk Tawfiq...


Ketua Komandan Pasukan Perbarisan dari SM Vokasional Tawau

Juara keseluruhan bagi kejohanan kali ini dirangkul oleh SMK Tawau, manakala juara tahun lepas, SMK Kuhara  hanya mampu berpuashati di tempat ke-2 dan tempat ke-3, SMK Balung (Tempat ke-2, 2011). Tahniah SMK Tawau...


Para kapten pasukan yang mewakili sekolah masing-masing untuk menerima piala kejuaraan....

Gelaran Olahragawan Bawah 18 tahun dimenangi oleh atlit SMK Pasir Putih manakala Olahragawati dimenangi oleh atlit SMK Tawau. Tidak dapat pula nama diorang kali ni... Apa pun, tahniah kerana mengutip mata semaksimum mungkin untuk sekolah masing-masing...


Berkongsi piala, Olaharagawati Kategori Sekolah Rendah membuat rekod buat pertama kalinya menobatkan dua olaharagawati...


Olahragawati Kategori Bawah 18 tahun perempuan


Olahragawan Kategori Bawah 18 tahun Lelaki


Para atlit dan penyokong pasukan SMK Tawau meraikan olahragawati mereka...

Dalam Acara Perbarisan Kehormat pula, SM Vokasional Tawau masih gah menduduki barisan elit perbarisan dengan menduduki tempat ke-2 pada kali ini. Dan, hampir seperti kebiasaan, SMK Tawau menang acara ini...


SM Vokasional Tawau hanya berjaya menduduki tempat ke-2 pada kali ini...


Barisan penerima piala kejuaraan bagi Kategori Perbarisan Lintas Hormat...

Kalah menang ialah adat permainan... Yang penting ialah penyertaan dan kesungguhan untuk bersaing dalam mana-mana kejohanan seperti ini. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dan teruskan berusaha untuk pencapaian yang lebih baik...


Pasukan Kadet Polis SM Vokasional Tawau turut menghantar 5 orang kadet untuk Majlis Menurunkan Bendera Kejohanan...


Gambar untuk kenangan...


Cikgu Nursuhada mengiringi kontinjen perbarisan sekolah pada kali ini...

Gambar-gambar semasa kejohanan berlangsung boleh dilihat di dalam album... (Kalau sudah upload la... Hehehe...)

CATATAN: Banyak peningkatan... Tahniah kepada pengurus dan jurulatih...