Minyak Enjin atau lebih dikenali sebagai motor oil di kebanyakan bengkel kereta adalah minyak pelincir untuk komponen enjin yang menggunakan sistem pembakaran dalaman (internal combustion engine). Hampir semua komponen enjin jenis ini menggunakan logam atau aloi yang pastinya melakukan banyak pergerakan apabila enjin beroperasi. Pergerakan komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang tinggi akibat daripada geseran. Geseran pastinya akan mengakibatkan kehausan pada komponen dan disinilah minyak enjin memainkan peranannya - sebagai pelincir.

Minyak enjin turut membantu penyejukan enjin dengan membawa haba yang diserap jauh daripada kawasan pergerakan (minyak enjin digunakan secara putaran - naik dan turun). Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyejukan enjin yang dimonopoli oleh radiator dan pengaliran udara dalam ruangan enjin. Selain daripada itu, minyak enjin juga berupaya untuk menghalang pengaratan dalaman enjin.

Minyak enjin dihasilkan daripada sebatian kimia petroleum dan bahan sintesis bukan petroleum yang mengandungi peratusan bahan bakar - karbon dan hidrogen yang tinggi. Tetapi minyak enjin juga diubahsuai dengan pencampuran bahan lain seperti ester dan bahan tambah (additives) untuk meningkatkan prestasi minyak enjin tersebut.


SIFAT MINYAK ENJIN

Kebanyakan minyak enjin dibuat daripada molekul hidrokarbon yang berat daripada minyak mentah yang diekstrak dari dasar laut. Minyak enjin biasa mengandungi hidrokarbon dengan 18 - 34 atom karbon per molekul. Kandungan karbon per molekul yang tinggi ini menyebabkan kelikatan yang tinggi kepada minyak enjin. Dan seperti yang kita sudah tahu, kemampuan untuk mengekalkan satu lapisan pelincir antara komponen enjin yang bergerak adalah fungsi utama minyak enjin.

Kelikatan (viscosity) merujuk kepada kebolehan untuk mengalir (a measure of its resistance to flow) dan boleh menggunakan istilah "tebal" dengan "nipis" dimana masing-masing merujuk kepada semakin susah mengalir dan semakin senang mengalir. Kelikatan sesuatu minyak enjin mestilah tinggi untuk mengekalkan lapisan pelinciran tetapi dalam masa yang sama cukup nipis untuk mengalir kesemua bahagian enjin dibawah semua keadaan (panas ata sejuk). Kelikatan minyak enjin ini boleh disemak melalui Indeks Kelikatan (Viscosity Index) yang mengukur sejauh mana kelikatan minyak enjin berubah dengan suhu. Indeks kelikatan yang tinggi menunjukkan bahawa kelikatan minyak enjin berubah sedikit sahaja mengikut suhu berbanding indeks kelikatan yang rendah. Minyak enjin juga harus boleh mengalir dengan baik pada suhu yang rendah untuk meminimumkan geseran antara logam dengan logam semasa enjin kenderaan dihidupkan.


JENIS MINYAK ENJIN

Terdapat 5 jenis minyak enjin yang biasa digunakan:
  1. Mineral (Regular): 100% bahan petroleum yang telah menjalani proses penyulingan berperingkat (fractional distillation proses). Masih mempunyai karbon reaktif (reactive carbon) yang berupaya bertindakbalas dengan oksigen untuk membentuk asid. (Harga: Murah)
  2. Semi-synthetic / Synthetic blend (Premium): Campuran 75% mineral dan 25% synthetic. (Harga: Sederhana)
  3. Synthetic: Dihasilkan daripada bahan petroleum seperti minyak enjin Mineral tetapi hanya menggunakan bahan terbaik (tulen) dalam proses penyulingan berperingkat iaitu polyalphaolifins. Tidak mempunyai karbon reaktif. Juga ditambahkan dengan diester sintetik yang berfungsi membersihkan sisa karbon (pembakaran). Enjin biasanya lebih bersih. (Harga: Mahal)
  4. Pure synthetic: Minyak sintetik sepenuhnya yang dihasilkan daripada polyalkyleneglycol yang banyak digunakan sebagai minyak pelincir bagi kotak gear (gearbox).
  5. Bio-based: Bermula sekitar 1996, minyak enjin jenis ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan minyak daripada tumbuhan seperti minyak jagung dan minyak kelapa sawit. Lebih mesra alam tetapi belum dikomersilkan sepenuhnya. (Harga: Tidak pasti)


PIAWAIAN MINYAK ENJIN (MOTOR OIL STANDARD)

API (http://www.api.org/) - AMERICAN PETROLEUM INSTITUTE
API adalah satu badan yang memaklumkan tentang qualiti sesuatu minyak enjin dengan memberikan kategori tertentu seperti SM, SL, SJ dan SH. S merujuk kepada kategori SERVICE dan huruf kemudiannya merujuk kepada rating yang terkini. Yang paling baru, SN telah dimasukkan ke dalam senarai ini, rujuk: http://www.carbibles.com/engineoil_bible.html

CategoryStatusService
SMCurrent For all automotive engines presently in use. Introduced November 30, 2004. SM oils are designed to provide improved oxidation resistence, improved deposit protection, better wear protection, and better low-temperature performance over the life of the oil. Some SM oils may also meet the latest ILSAC specification and/or qualify as Energy Conserving.
SLCurrent For 2004 and older automotive engines.
SJCurrent For 2001 and older automotive engines.
SHObsoleteFor 1996 and older engines. Valid when preceded by current C categories.
SGObsoleteFor 1993 and older engines.

Huruf C digunakan untuk menunjukkan kategori untuk Commercial. Yang terbaru, CJ-4, yang juga digunakan untuk kenderaan berat telah dimasukkan dalam senarai ini.

Category Status
CI-4 Current Introduced September 5, 2002. For high-speed, four-stroke engines designed to meet 2004 exhaust emission standards implemented in 2002. CI-4 oils are formulated to sustain engine durability where exhaust gas recirculation (EGR) is used and are intended for use with diesel fuels ranging in sulfur content up to 0.5% weight. Can be used in place of CD, CE, CF-4, CG-4, and CH-4 oils.
CH-4 Current Introduced in 1998. For high-speed, four-stroke engines designed to meet 1998 exhaust emission standards. CH-4 oils are specifically compounded for use with diesel fuels ranging in sulfur content up to 0.5% weight. Can be used in place of CD, CE, CF-4, and CG-4 oils.
CG-4 Current Introduced in 1995. For severe duty, high speed, four-stroke engines using fuel with less than 0.5% weight sulfur. CG-4 oils are required for engines meeting 1994 emission standards. Can be used in place of CD, CE, and CF-4 oils.
CF-4 Current Introduced in 1990. For high-speed, four-stroke, naturally aspirated and turbocharged engines. Can be used in place of CD and CE oils.
CF-2 Current Introduced in 1994. For severe duty, two-stroke cycle engines. Can be used in place of CD-II oils.
CF Current Introduced in 1994. For off-road, indirect injected and other diesel engines including those using fuel with over 0.5% weight sulfur. Can be used in place of CD oils.
CE ObsoleteIntroduced in 1987. For high-speed, four-stroke, naturally aspirated and turbocharged engines. Can be used in place of CC and CD oils.


ACEA (http://www.acea.be/): European Automobile Manufacturers Association (French: Association des Constructeurs Européens d'Automobiles)

Spesifikasi ACEA ialah (A untuk petrol, B untuk diesel):

    A1 - Fuel Economy Petrol *
    A2 - Standard performance level
    A3 - High performance and / or extended drain
    A5 - Fuel economy petrol with extended drain capability *
    B1 - Fuel Economy diesel *
    B2 - Standard performance level (now obsolete)
    B3 - High performance and / or extended drain
    B4 - For direct injection passenger car diesel engines
    B5 - Fuel economy diesel with extended drain capability *

* Tidak sesuai untuk semua jenis enjin. Sila rujuk manual kenderaan.

Mineral oils:

    E1 - Non-turbo charged light duty diesel
    E2 - Standard performance level
    E3 - High performance extended drain
    E5 (1999) - High performance / long drain plus American/API performances.
    E7 - Euro 4 engines - exhaust after treatment (EGR / SCR)

Part / full synthetic oils:

    E4 - Higher performance and longer extended drain
    E6 - Euro 4 specification - low SAPS for vehicles with PDF (see below)

New low SAPS (Sulphated Ash, Phosphorous, Sulphur)
Rating SAPS merujuk kepada jenis minyak enjin diesel yang menggunakan DPF (Diesel particulate filter).

    C1 - Low SAPS (0.5% ash) fuel efficient
    C2 - Mid SAPS (0.8% ash) fuel efficient, performance
    C3 - Mid SAPS (0.8% ash)


SAE (http://www.sae.org) - SOCIETY OF AUTOMOTIVE ENGINEERS
Rating ada 89. Cari SAE J300 - Rujuk di sini: http://standards.sae.org/fuels-energy-sources/lubricants/standards/current/


JASO (http://www.jalos.or.jp/onfile/jaso.htm): Japanese Automotive Standards Organization - Piawaian untuk prestasi dan piawaian quatiti untuk enjin petrol dari Jepun.


GRED MINYAK


Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'single grade' (gred tunggal) dan 'multi grade" (pelbagai gred). Minyak pelincir 'single grade' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.



SOALAN YANG SERING DITANYA (FAQ):

Bolehkah minyak enjin yang berlainan gred (Contoh: SAE 10w-40 dengan SAE 15w-50) dicampurkan? Atau bolehkah minyak enjin sintetik dicampurkan dengan minyak mineral biasa?
Jawapannya: Boleh. Tetapi dinasihatkan supaya menggunakan jenis dan gred yang sama setiap masa. Tetapi sekiranya anda menggunakan minyak campuran atas sebab-sebab tertentu, dinasihatkan juga untuk menukar keseluruhan minyak pada tempoh yang lebih awal berbanding kebiasaan.

Berapa lamakah minyak enjin boleh bertahan sekiranya disimpan?
Jawapannya: Lebih kurang 3 tahun jika dismpan pada suhu sekitar 20 dariah celsius. Sekiranya minyak enjin tersebut mempunyai tanda-tanda seperti perubahan warna (a bit hazy), ada mendakan keras, ada ketulan seperti jelly atau kelihatan "milky" (tercampur air) - minyak enjin tersebut sudah tidak boleh digunakan.

Bilakah masa yang sesuai untuk menukar minyak enjin?
Jawapannya: Biasanya, para pengeluar kereta akan mengesyorkan penukaran minyak enjin pada 5000km, tetapi bergantung kepada penggunaan kereta. Sekiranyanya anda hanya menggunakan kereta untuk perjalanan jarak dekat dalam tempoh tersebut (5000 km), minyak enjin tersebut sememangnya masih bagus dan masih boleh digunakan sehingga 8000 km. Terpulang kepada anda. Tetapi untuk kenderaan yang digunakan untuk perjalanan yang jauh dengan kerap, disyorkan menukar minyak enjin diantara 3000 km - 5000 km.


Bilakah masa yang sesuai untuk memeriksa tahap minyak?
Jawapannya: Semasa kenderaan dalam keadaan "sejuk" - Biasanya pada waktu pagi sebelum enjin dihidupkan. Tetapi sekiranya anda dalam keadaan kelam kabut, tahap minyak boleh diperiksa selepas 30 minit enjin dimatikan. Boleh rujuk video ini: http://www.videojug.com/film/how-to-check-your-cars-oil-level


Bacaan Tambahan:
Motor Oil Guide: http://www.api.org/certifications/engineoil/categories/upload/MOTOR_OIL_GUIDE_2010_120210.pdf

CATATAN: Susah mau bikin ni entri ni...