Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia atau K3M telah berjalan dengan baik pada 15 Julai 2010 yang menyaksikan 15 orang pelajar Tingkatan 5 bertungkus lumus menjawab 40 soalan objektif peringkat asas.

Pertandingan yang bermula serentak pada jam 10.00 pagi di seluruh negara ini bakal menganugerahkan setiap pelajar yang menyertainya dengan sijil K3M peringkat kebangsaan. Pertandingan ini berakhir pada jam 11:20 pagi...


Apabila ditanya tentang soalan kuiz tersebut, mereka hanya mampu tersenyum dan mengeluh... Yang pasti persediaan yang dibuat sebelum ini belum mencapai tahap gemilang. Apa pun tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar yang telah mencuba dengan sedaya upaya mereka dalam pertandingan K3M pada tahun ini.


CATATAN: Keputusan bakal dikeluarkan pada bulan Oktober... Sila bersabar...