Tetamu kehormat Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 SM Teknik Tawau iaitu YB Abdul Muis Picho, ADUN N60 Sebatik yang mewakili YB DSP Abdul Ghapur Bin Hj Salleh, Ahli Parlimen P191 Kalabakan, Tawau.

Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 SM Teknik Tawau yang telah berlangsung pada 03/04/2010, sekali lagi menjulang nama SM Teknik Tawau dalam penganjuran majlis konvokesyen peringkat sekolah menengah. Majlis ini yang diadakan setiap tahun sejak 2001 bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan, peluang serta ruang kepada pelajar supaya dapat merasai keadaan konvokesyen sebenar.

Sekalung ucapan tahniah kepada penyelaras majlis, Encik Idham Bin Hussin serta semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Majlis bermula seawal jam 7:00 pagi, dimana para graduan mendaftar dan mendapatkan jubah mereka. Selepas itu mereka mengambil tempat masing-masing di dalam Dewan Tun Ahamadsah. Ramai ibu bapa yang hadir dalam majlis ini untuk turut sama meraikan dan bergembira dengan anak-anak mereka.

YB DSP Abdul Ghapur Bin Hj Salleh yang dijangka hadir dalam majlis ini tidak dapat hadir dan beliau menghantarkan wakilnya iaitu YB Abdul Muis Picho. Walau bagaimanapun, segala perancangan berjalan dengan lancar. Selepas bacaan doa, ucapan wakil pelajar, ucapan alu-aluan pengetua SM Teknik Tawau dan ucapan perasmian dari tetamu kehormat, majlis penyerahan sijil dan anugerah dimulakan.


Penyerahan sijil dan anugerah yang didahului oleh Graduan Teknikal diikuti oleh Graduan Vokasional dan Graduan ERT.

Para pemenang anugerah khas ialah:

Anugerah Khas Alumni (Pencapaian Cemerlang Kokurikulum) - Mohd Haizat Bin Saimin
Anugerah Al-Biruni (Jabatan Sains & Matematik) - Mohd Salman Bin Said
Anugerah Imam As-Syafi'e - ?
Angerah Sayyidatina Aisyah - ?
Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang - Siti Mastura Binti Nordin
Anugerah Emas - Siti Mastura Binti Nordin

Tanhiah kepada Adik Siti Mastura yang telah merangkul 4 anugerah termasuk pelajar terbaik Kursus Katering dan pelajar terbaik Aliran ERT!!!

Selepas penyampaian anugerah dijalankan, majlis bersurai dengan tetamu jemputan menjamu selera di Restoran Perdana bersama dengan pelajar cemerlang sesi SPM 2009.


Ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama anak-anak kesayangan mereka...

Ada juga perkhidmatan mengambil gambar yang mengenakan bayaran sebanyak RM30 untuk pakej 1 dan RM50 untuk pakej 2.


Khidmat mengambil gambar yang ditawarkan dalam bengkel KFL


Makan... yang ini paling penting setelah penat duduk selama lebih kurang 3 1/2 jam di dalam dewan.

Terima kasih kepada guru-guru ERT yang bertungkus lumus menyediakan makanan tengahari untuk semua orang yang hadir dalam majlis ini. Bila tengok para pelajar makan dengan berselera sekali... Memang taulah... diaorang ni tengah kelaparan...


Para guru dan pelajar yang bertugas semasa majlis berlangsung...

Selepas makan, para VIP kembali semula ke Dewan Tun Ahmadsah untuk sesi bergambar bersama para graduan. Tidak semua berkesempatan untuk bergambar bersama VIP kerana kebanyakan pelajar sudah bergerak ke luar dewan dan ada yang sudah berangkat pulang.


Gambar kenangan pelajar bersama tetamu jemputan...

Semoga pengalaman dan kenangan dalam majlis ini akan sentiasa memberikan dorongan kepada semua pelajar serta bekas pelajar untuk terus maju dalam kehidupan masing-masing. Tahniah semua.....


Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengharungi peperiksaan SPM 2009... Semoga masa depan anda akan lebih cerah selepas majlis ini...

Entry Youtube.com untuk Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 oleh Pahaikan.com khas buat semua pelajar sesi 2008/09...

Sorrylah.. video kurang berkualiti...

Album Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 SM Teknik Tawau boleh diakses di sini: Album MK10 SM Teknik Tawau
@ Flickr

CATATAN: Kepada pelajar-pelajar lelaki di luar sana... Carilah cewek macam si Mastura... Sudahlah comel.. pandai lagi tu... (Promosi pula ni...) Hehehe...??