Tahniah kepada Cikgu Azman Mansur yang telah menimang cahaya mata ke-2 dalam bulan Februari yang baru lepas...

Biasanya, Morning Prayer @ Taklimat Pagi ni jarang-jarang sekali dimasukkan sebagai entry blog Pahaikan.com tetapi kali ini ada berita istimewa untuk dikongsikan.

Selain daripada penyampaian hadiah kepada guru-guru yang menimang cahaya mata dalam bulan Februari iaitu Cikgu Azman Mansur dan Cikgu Syed Abdul Rahman, beberapa orang guru yang telah berjaya mendapat kenaikan pangkat dari DG41 ke DG44 secara time-based turut diumumkan dalam sesi taklimat ini... Mereka ialah Cikgu Azman Mansur, Cikgu Rabia Yalla, Cikgu Roscalia Baduk dan Cikgu Amy Chong. Tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat mereka adalah pada 01 Ogos 2009. Tahniah semuanya...

Turut dimaklumkan ialah Hari Guru Peringkat Daerah Tawau dijadualkan pada 03/07/2010 di Institut Perguruan Malaysia Tawau manakala Hari Guru Peringkat Negeri akan diadakan di Lahad Datu (Tuan rumah) dalam bulan Jun 2010.

CATATAN: Lama lagi baru dapat time-based ni...