Laman Web Rasmi SM Teknik Tawau - Sila klik gambar untuk melawat laman web ini...

Laman web rasmi SM Teknik Tawau yang mula beroperasi sejak 2000 ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru ICT SM Teknik Tawau. Ada beberapa bahagian dalam laman web ini yang belum dikemaskini sepenuhnya kerana selepas tahun 2007, satu laman web baru diwujudkan oleh Cikgu Lim Siew Khing namun ia tidak lagi beroperasi sejak Disember 2009. Banyak maklumat terkini dalam tahun 2007 - 2009 dimasukkan dalam laman web tersebut tetapi apa boleh buat lah.. Alamatnya pun saya lupa sudah...


Antara gambar yang digunakan untuk laman web yang sudah tidak beroperasi lagi... Kalau korang ingatlah...

Laman web rasmi sekolah yang beralamat di http://www.sabah.edu.my/smtekniktwu/ menghimpunkan maklumat-maklumat seperti Sejarah, Visi & Misi, Objektif, Lagu Sekolah, Nilai Sekolah, Budaya Kerja, Etika Kerja, Piagam Sekolah, Program BE dan Ikrar Pelajar. Selain daripada itu, maklumat terkini juga dapat diakses melalui menu dibahagian tepi kiri laman web ini...

Satu WEB PORTAL juga telah diwujudkan di http://www.smtekniktawau.edunet.my/ yang menjadi kegemaran para alumni SM Teknik Tawau... Anda bolehlah melawat dan mendaftar sekali dalam web portal ini.

Dan satu GROUP SM TEKNIK TAWAU juga diwujudkan dalam facebook untuk mengeratkan silaturahim dan menyambung semula pertalian yang terputus... Heheheee... Hah.. yang ini mesti join sekali... Klik sini: JOIN GROUP SM TEKNIK TAWAU DALAM FACEBOOK


Wall Group SM Teknik Tawau dalam facebook... Jumlah fan setakat ini ialah 884 orang...


Logo sekolah SM Teknik Tawau dalam format png. Untuk save, sila klik kanan dan pilih option "save image as".

CATATAN: Kepada yang belum melawat laman web ini... ringan-ringankan tangan mengklik gambar atau alamat diatas...