Pengetua, Encik Johan Bin Okasa bersama ketua rombongan, Pak Karno...

Lawatan Dinas Pendidikan KALTIM (Singkatan Kalimantan Timur) ke SM Vokasional Tawau ini adalah lawatan siri pertama (3 - 7 Mac) pada tahun ini yang akan disusuli oleh rombongan ke-2 pada 17 - 22 Mac nanti.

SM Vokasional Tawau yang menjadi salah satu tempat persinggahan rombongan ini adalah untuk memenuhi tujuan dan objektif lawatan iaitu SOSEK (Singkatan Sosial dan Ekonomi). Beberapa buah sekolah lain turut dilawati oleh rombongan ini.


Cikgu Arbin pun ada juga...


Pengetua memberikan taklimat ringkas tentang SM Vokasional Tawau kepada para pelawat...


Tekun mendengar taklimat...

Dan, satu yang patut dicontohi ialah semua perbelanjaan semasa lawatan ini adalah ditanggung oleh setiap peserta.  Mungkin kurang sponsor di Kalimantan Timur... Kalau di Malaysia, jarang-jarang rombongan pendidikan guna duit sendiri... Apa pun, terima kasih kerana sudi bertandang ke SM Vokasional Tawau....


Cikgu Azman membawa pelawat ke Ruang Galeri SM Vokasional Tawau yang sedang dalam penyelenggaran untuk Pensijilan 5S...


Ambil gambar apa, pak?....

Semoga banyak perkongsian dapat dimanfaatkan bersama sepanjang lawatan ini berlangsung...

CATATAN: Bila pula giliran rombongan dari Tawau ke Kalimantan Timur?