Promosi 5S... Adik Eppy Emil bersama Adik Jonathan dari SM Vokasional Beaufort...

Selepas lawatan SM Vokasional Lahad Datu, giliran SM Vokasional Beaufort pula membuat lawatan penandaarasan 5S di SM Vokasional Tawau. Rombongan yang dianggotai oleh 5 orang guru dan 30 pelajar ini tiba semalam dan menginap di asrama SM Vokasional Tawau selama 2 hari untuk melaksanakan semua program yang telah dirancang.


Cikgu Azman bersama Cikgu Khairul dan Cikgu Neville...


Sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Cikgu Ahmad Fakhrurazi...


Ada yang mau dicatat??...

Program lawatan kali ini agak berbeza dengan versi SM Vokasional Lahad Datu memandangkan lawatan ini lebih tertumpu kepada pelajar. Selepas selesai sesi taklimat dan sesi soal jawab, semua pelawat dijemput untuk makan. Kemudian, mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan melawat beberapa bengkel dan kelas sambil diiringi oleh para pengawas sekolah.


Makan dulu... Lepas tu baru jalan-jalan...


Gambar kenangan di Bengkel Automotif...

CATATAN: Usaha tangga kejayaan...