Rombongan 5S Kolej Komuniti Tawau bersama AJK Induk 5S SM Vokasional Tawau...

Rombongan pensyarah dan kakitangan dari Kolej Komuniti Tawau tiba kira-kira jam 9:15 pagi untuk program ini. Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan 5S ini adalah kesinambungan daripada kursus/taklimat yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Latihan & Promosi 5S di kolej berkenaan lebih kurang sebulan yang lepas.


Guna Bas Kolej Komuniti Lahad Datu??


Selamat datang...


Ketibaan disambut oleh barisan AJK Induk 5S...

Program lawatan ini bermula dengan taklimat ringkas dan diikuti dengan penelitian fail utama di BMG 1. Selepas itu, rombongan dipecahkan kepada 2 kumpulan yang masing-masing diketuai oleh Cikgu Buareng Rahima dan Cikgu Kamariah Nuur.


Tulis nama dalam buku pelawat dulu...


Sabar... Ambil nafas dulu...


Tengok fail...


Buat salinan sikit... Nanti bolehlah diubahsuai...


Pelan-pelan cikgu...

Antara unit dan bengkel yang mendapat perhatian dalam lawatan ini ialah Pejabat AM, Pejabat HEM, Stor Pusat, Bilik Guru, Makmal ICT, Bengkel Automotif, Bengkel Elektrik, Bengkel PKOM dan Bengkel ABM.


Puan Ayang menerangkan tentang kedudukan cop dan indeksnya...


Cikgu Azman menerangkan tentang SOP komputer meja dan mesin fotostat...


Inilah papan kenyataan Zon Patin...


Ini adalah kreativiti PIC yang bertugas dalam kawasan tersebut...


Ini baru juga dibuat ni...


Wayar, susunan meja dan alat tulis perlu dilabel mengikut kesesuaian...


Ini masih berfungsi ka ni... Hehehehe...


Wah... Kipas pun ada label ka cikgu??...


Fail-fail dan CD yang disimpan disini adalah untuk kegunaan P&P...


Gambar bersama kumpulan pelawat di Pejabat Bengkel Elektrik...


Gambar bersama kumpulan pelawat di Bengkel Automotif...

Lawatan ke bengkel-bengkel tamat lebih kurang jam 12:00 tengahari dan disusuli dengan majlis penutupan di BMG 1. Dalam majlis penutupan ini, Encik Rizal, yang juga ketua rombongan dan wakil Pengarah dari Kolej Komuniti Tawau menyatakan penghargaan kepada pihak sekolah dan menaruh harapan tinggi untuk mencapai dan mengamalkan Konsep 5S di kolej nanti....


Majlis penutupan setelah selesai melawat...


Ucapan ringkas dan bermakna dari Encik Rizal...


Ucapan ringkas dari wakil Pengarah Kolej Komuniti Semporna...


Cendera kenangan dari tuan rumah kepada Kolej Komuniti Tawau...


Cendera kenangan untuk Kolej Komuniti Semporna...


Cendera kenangan dari pelawat kepada tuan rumah...

Kepada yang bertugas semasa program lawatan ini... Terima kasih diucapkan... Jasamu dikenang!!!

Gambar-gambar hanya akan di"upload" ke Facebook sekiranya ada permintaan.....

CATATAN: Pelan-pelan bikin 5S ya.... Lepas siap pasti lega... All the best!!!