Bersalam-salaman dengan pelawat...

SM Vokasional Lahad Datu menghantar rombongan seramai 80 orang guru dan pelajar untuk lawatan penandaarasan 5S ke SM Vokasional Tawau. Rombongan ini diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Thien.

Rombongan yang dijangka tiba pada jam 10:00 pagi ini, terlewat selama dua jam apabila terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan terpaksa akur dengan ketentuan alam apabila hujan turun dipertengahan jalan.

Rombongan ini disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang, sama seperti cara sambutan Pegawai Audit, Encik Zaki Jaafar.


Ketibaan bas disambut dengan bunga manggar...


Pasukan kompang...


Meriah pula lawatan ni...


Sabar... Baris dulu...


Macam jumpa guru lama ni...


Barisan guru SM Vokasional Tawau yang menyambut para pelawat...

Selepas mendengar ucapan dan taklimat, para pelawat dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil supaya lawatan ini akan lebih fokus kepada bidang tugas yang akan dilakukan. Para guru dibawa ke kelas, bilik guru dan bengkel, para pelajar dan warden dibawa ke asrama dan kelas manakala para staf dibawa ke bilik stor, pejabat am dan Dewan Tun Ahmadsah.


Ucapan alu-aluan daripada Encik Azman Mansur, Penolong Kanan Pentadbiran...


Ucapan dari Puan Thien...


Taklimat 5S dari Encik Mohd Nizam...


Cikgu Darawati (dua dari kiri) bersama para pelawat dalam bilik fail...


Cikgu Romeo bersama Adik Mohd Zulkifli mencuba peralatan gim di asrama SM Vokasional Tawau...


Ketua Warden Asrama SM Vokasional Lahad Datu, Cikgu Al Mahani melawat asrama lelaki...


Berehat sebentar selepas melawat asrama perempuan...

Lawatan berakhir kira-kira jam 2:15 petang dan semua pelawat berkumpul semula di Bilik BMG 1 untuk majlis penutupan. Program ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Galeri Memori.


Terima kasih... Puan Thien memberikan cenderamata kenangan kepada Cikgu Azman...


Jamuan makan tengahari di Galeri Memori...


Pelan-pelan makan bos... Hehehe...

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar SM Vokasional Tawau yang terlibat dalam lawatan ini dan harapan semoga SM Vokasional Lahad Datu akan dapat merealisasikan dan mempraktikkan Proses 5S dengan jayanya!!!

CATATAN: Lain kali datang lagii....