Timbalan Pengarah BPTV (Unit Pembangunan), Puan Hajah Zalihar Binti Abdul Ghani...

Siri lawatan Timbalan Pengarah BPTV, Puan Hajah Zalihar bersama rombongan Pegawai Pengurusan Aset (PPA) BPTV bermula sejak ketibaan mereka pada 15/07/2012 yang lalu. Lawatan kali ini tertumpu kepada Zon Tenggara Sabah yang meliputi SM Vokasional Lahad Datu dan SM Vokasional Tawau.


Tiba semasa hujan renyai-renyai... Cikgu Norhayati Sakka mengiringi Puan Hajah Zalihar ke Restoran Perdana untuk kudapan...

Tujuan utama lawatan ini ke SM Vokasional Tawau adalah untuk memantau amalan 5S, menyelesaikan kekalutan bangunan asrama yang siap sejak 2009 dan menjustifikasikan projek pembinaan dan pengubahsuaian bangunan kursus untuk transformasi SM Vokasional Tawau kepada Kolej Vokasional Tawau pada tahun hadapan.


Cikgu Johan menyambut ketibaan para PPA yang datang bersama Puan Hajah Zalihar...


Cikgu Zahrina (membelakang kamera) beramah mesra dengan Timbalan Pengarah..


Para PPA bersama Jurutera dan pegawai dari JKR...

Lawatan dalam kawasan sekolah ini diketuai oleh Pengetua SM Vokasional Tawau, Encik Johan Okasa bersama rombongan.


Dalam perjalanan menuju ke asrama lelaki yang telah dibaikpulih...


Jurutera JKR Cawangan Tawau menerangkan masalah yang menyebabkan asrama belum dibenarkan untuk diduduki...


Puan Hajah Zalihar meminta penerangan lanjut mengenai spesifikasi kerja yang telah dilakukan oleh pihak JKR...

Apa yang saya rasa bagus tentang lawatan ini ialah, beberapa perkara penting yang kurang diberikan perhatian (terlepas pandang) oleh pihak pentadbir telah dihighlightkan sendiri oleh Timbalan Pengarah. Walaupun ianya hanya melibatkan penambahbaikan kemudahan pelajar dan guru (termasuk penyelenggaraan) dan memerlukan sejumlah wang... Mungkin dari satu sudut ianya perlu didahulukan berbanding perkara lain... Kebajikan juga perlu diberikan perhatian rasanya... Ya ka??


Menuju ke tapak penambahan ruangan Bengkel Elektronik..


Merujuk pelan yang telah dipersetujui...


Macam terkejut saja ni...


Ada apa tu Encik Rashid??

Saya tidak sempat mengikuti setiap tempat yang dilawati kerana perlu memenuhi jadual tugas harian. Apapun, terima kasih kepada rakan seperjuangan saya, Cikgu Shamsul Nizam yang telah menyambung tugas mengambil gambar sepanjang sesi lawatan ini.


Puan Hajah Zalihar mempengerusikan sesi perbincangan dengan pihak JKR...


Barisan PPA yang datang bersama dengan timbalan pengarah...


Encik Azry @ Kadir macam yang paling sibuk semasa lawatan ni.... Palan-palan ging...

Siri lawatan dan sesi perbincangan melibatkan unit pembangunan ini dijangka berakhir pada 19/07/2012.

Gambar lain semasa lawatan ini boleh dilihat di: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.473436169333136.114256.100000002726077&type=3

CATATAN: Bagus juga kalau ada lawatan begini sekurang-kurangnya 2 kali setahun....