Tetamu Istimewa Majlis Mesra Raya SM Teknik Tawau, Haji Mukmin, seorang pegawai dari UTV

Majlis sambutan bermula dengan bacaan Doa Selamat pada jam 12:55 petang yang diketuai oleh Ustaz Khusairi Mohd Khir. Bacaan Doa Selamat tamat kira-kira jam 1:30 petang dan Majlis Mesra Raya bermula.

Kebetulan pada hari tersebut, seorang pegawai UTV membuat lawatan ke sekolah. Jadi selepas tamat lawatan ke kawasan bengkel, beliau turut sama memeriahkan majlis ini.


Ustaz Khusairi Mohd Khir mengetuai bacaan Doa Selamat

Dalam majlis ini juga baru kelihatan muka guru-guru baru yang telah mendaftar di SM Teknik Tawau kira-kira seminggu yang lalu. Mereka ialah:

Muhammad Zamirul Bin Abdul Gani dari Selangor
Keegan Alfred Bin Alim dari Beaufort
Nur Sabrina Binti Zakaria dari Terengganu
Zulaiqha Binti Fadzli dari Negeri Sembilan
Yushasmaniza Binti Md Yunus dari Negeri Sembilan
(Tidak dapat ambil gambar diaorang pula... Mungkin masih malu-malu...)

Menurut maklumat yang saya perolehi, seramai 7 orang guru Kursus ERT telah mendapat penempatan di SM Teknik Tawau, namun hanya 5 orang  sahaja yang sampai. Yang dua lagi minta pindah ke SM Vokasional Beaufort. Nama memang tidak tau la... Apa pun bagi saya, SM Teknik Tawau merupakan sekolah yang sangat baik untuk dijadikan tempat pertama bertugas dan untuk menimba pengalaman berbeza....


Di meja VIP, penolong kanan, ketua bidang dan ketua kursus...


Ehem... Pelan-pelan ambil makanan ya Muli... Banyak lagi ni... Boleh second round...


Ini geng ERT ni .... Hati-hati ya...


Aisyehmen... Kasmah dengan Ayu ni... Belum licin lagi pinggannya tu...


Masneh, Sadri, Izzati dan Kak Nurmisah...


Wod... Yang ini belum round ke-2 kah? Hehehe...


Awang Wahid, Jai dan Yahya Yusof....


Aikk... Tengok apa tu... Inter-frame bagus punya ni...


Mau masuk facebook ka ni Rion??


Uii si Tahir... Kalau makan orang ambil gambar pun tidak peduli... Hehehee...


Senyuman puas hati kah tu??


Sabas, Khairul dan Syed Abdul Rahman ... Macam sudah kenyang saja ni... Ada bawa Herbalife ka Rul??


Haindy, Syed Kadir dan Arash .... Tambah lagi bah...


Dua masih sudbujang.. Dua sudah kahwin... Gabungan mantap Saharuddin, Aznan, Hillary dan Zubir....


McManus dan Azry Kadir.... Sudah kanyang kah ging?


Cerita apa tu Rasi??... Rion ko dengar bah apa si Rasi cakap... Hehehehee...

Cerita punya cerita hampir terlupa pula menu pada hari tersebut. Ini yang saya rembat... Nasi Himpit, Buras, Kari Ayam dengan Daging Kuah Sate. Lepas habis saja terus kenyang.... Mana dapat second round... Menu lain ialah Ayam Masam Manis, Ikan Masam Manis dan Sayur Campur Masak Lemak.



Dan oleh kerana ada guru yang balik awal (Hal keluarga), banyak makanan yang terlebih... Jadi untunglah budak-budak asrama dengan budak Katering..... Makan ya... Jangan tak makan...


Aaahhhh.... Makan dulu cikgu...


Aikk... Makan sendiri ka? Hehehe...

Untuk mendownload gambar dari Majlis Mesra Raya ini, sila klik: Album Raya 2010

CATATAN: Terima kasih juga kepada KKRT...