Barisan penolong kanan yang turut hadir memeriahkan majlis ini...

Majlis yang dijadualkan pada 12:30 petang ini telah ditangguhkan sehingga jam 12:50 petang kerana menunggu kehadiran para pelajar yang mana saya dimaklumkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Apa pun tahniah kepada semua 98 orang pelajar yang diraikan bersama dengan 18 orang guru termasuk barisan pentadbir yang hadir dalam majlis ini....

Majlis Penghargaan Kokurikulum yang kali ke-2 diadakan ini adalah untuk menghargai komitmen dan kejayaan pelajar dalam mana-mana pertandingan kokurikulum samaada peringkat daerah, negeri, kebangsaan ataupun negara.

Disini disertakan barisan pelajar dan guru yang diraikan (Mungkin tidak semua ada...) dalam majlis ini...


Cikgu McManus dan Cikgu Edward bersama Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun...


Kurang pasti yang ini dari pasukan mana... Mungkin KAPA..


Guru-guru penasihat PPIM (Cikgu Kasmah, Cikgu Norizzati & Cikgu Roslina) dan KRS (Cikgu Norhayati Hapid)


Cikgu Chang dan Cikgu Hasnisyahida bersama Pasukan Debat Bahasa Inggeris


Yang ini dari Pasukan KAPA


Gabungan pelajar dari Pasukan KAPA dan PPIM


Ahli pasukan PPIM


Senyum saja diaorang ni... Dari pasukan apa ya??

Majlis ini bermula dengan Cikgu Azman Mansur selaku wakil pihak pentadbir menyampaikan ucapan ringkas bersama kata-kata dari tuan pengetua yang tidak dapat hadir dalam majlis ini. Selepas itu, Ustaz Mohammad Naziruddin Sidin membacakan doa makan...


Encik Azman menyampaikan satu dua kata sebelum majlis makan dimulakan....


Guru-guru memulakan acara...


Selepas itu, pelajar mula mengambil makanan...


Cikgu Azly, Cikgu Arif dan Cikgu Norhayati dari Pasukan KAPA SM Teknik Tawau...


Cikgu Haindy bersama pasukan bola sepak bawah 18 tahun...


Diaorang ni sampai lewat sikit... Tapi dapat makanan yang sama juga kan...


Apa pula yang diaorang ketawa ni?... Ada apa-apakah tu Salam??


Cikgu Lim Siew Khing dan Cikgu Zahrina bersama salah seorang ahli pramuka yang masih berada di Sabah selepas Kem 1 Pengakap 1 Malaysia tamat kelmarin...

Majlis ini tamat kira-kira jam 1:40 petang dengan semua pelajar kelihatan seronok dengan majlis penghargaan seperti ini... Mungkin ada bentuk penghargaan lain yang boleh difikirkan oleh pihak sekolah... Apa pun usaha seperti ini perlu diteruskan supaya pelajar terus memberikan yang terbaik untuk sekolah dan seterusnya masyarakat setempat...


Sudah kenyang semua???... Sekarang masa untuk pulang...


Pelajar pulang dengan gembira selepas menikmati jamuan di Marco Polo...

CATATAN: Lepas bulan puasa ni ada lagi kah??