Adik Mohd Raqib Bin Amiruddin menerima Anugerah Al-Biruni, anugerah khas dari Jabatan Sains & Matematik untuk pencapaian cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Matematik dengan gred purata 1.5. Adik Raqib turut menerima Sumbangan Peribadi Pahaikan.com selaku Pelajar Terbaik Matapelajaran Kimia SPM 2010

Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 SM Teknik Tawau 2011 telahpun berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan wajah ceria di Dewan Tun Ahmad Shah (TAS), kelmarin. Lebih kurang 600 graduan berjaya hadir untuk menerima sijil pengiktirafan mereka selaku graduan SPM SM Teknik Tawau sesi 2009/2010.

Encik Aslie Bin Sahat, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang dijadualkan hadir untuk merasmikan majlis ini tidak dapat datang atas perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, beliau tetap mewakilkan dirinya melalui Puan Indang Kasi Binti Haji Sibin, Ketua Penolong Pengarah, dari sektor yang sama.

Majlis yang diadakan setiap tahun untuk menghargai pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM ini bermula lebih kurang jam 8:45 pagi, apabila tetamu jemputan diarak masuk ke dalam dewan dengan penuh istiadat. Kemudian, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.


Tetamu jemputan diarak masuk ke dalam dewan


Tetamu VIP, Puan Indang Kasi Binti Haji Sibin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Sabah


Pentas dewan dari pandangan depan


Pengetua, Encik Johan Okasa memberikan ucapan aluan kepada semua hadirin


Ucapan perasmian dari Puan Indang Kasi

Dalam majlis yang sama, sekolah turut mengambil kesempatan untuk menyerahkan Watikah Perlantikan Bapa Angkat Kurikulum SM Teknik Tawau kepada Encik Mohd Gasing Bin Hj. Saling yang juga EXCO Pemuda UMNO Kebangsaan.


Pengetua menyampaikan watikah perlantikan kepada Encik Mohd Gasing Hj Saling

Sebelum itu, para graduan telahpun mula berkumpul diperkarangan Dewan Tun Ahmad Shah seawal jam 6:30 pagi. Sebabnya, mereka perlu mendaftar dan mengambil jubah konvokesyen di Kelas 5 PPKK dan 5 Katering. Terima kasih kepada semua graduan kerana datang lebih awal dan melicinkan proses pendaftaran dan pembahagian jubah.


Berbaris sementara menunggu giliran.... Sabar bah...


Cikgu Syahir dan Cikgu Zulaiqha tetap menapis penampilan pelajar sebelum mengambil jubah..


Hm.. Si Yulius ni bukan main lagi.. Smart juga kot ko ya Yulius...


Si Andi ni pun sama juga... Tali leher kena kemas..


Kira sibuk juga kaunter "deposit" jubah ni..


Yang sini pun sama juga.. Ada yang pakai pasport ka ni?


Kaunter jubah Vokasional dikendalikan oleh Cikgu Arnie


Para pembantu di Bahagian Vokasional... Kerja bagus-bagus.. Nanti potong gaji... Hehehe..


Aik.. Adik si Rusdi ba ni.. Hehehe...Tahun depan giliran korang lagi...


Memang ramai petugas di Kaunter Pendaftaran ni...


Lepas pakai baju bagus ambil gambar dulu...


Ni geng 5 PKM ka ni... Nah itu la... Apa pun tahniah sebab berkesempatan untuk konvo... Kalau tidak... Hmm..

Lepas pakai jubah, para graduan diminta untuk beratur ditepi dewan bersebelahan dengan asrama perempuan untuk upacara perarakan masuk ke dalam dewan. Graduan masuk dulu baru VIP masuk... Apa pun, sebelum itu... bergambar dulu.. Sebab lepas habis majlis memang tidak sempat.. Satu lagi... Make-up pun sudah cair... Hehehe..


Senyuman macam ni memang bagus bikin iklan...


Ni pun sama juga..


Aa... apa la korang mau buat ni..


Gaya mantap dari bekas budak asrama..


Aik.. Yang satu ni jubahnya mana?


Uisyeh men... siap tunjuk stokin lagi si Shima..


Relaks la... Belum masanya lagi...


Ya... Posing apa ni... Tapi tetap bergaya..


Mantap graduan-graduan ERT ni...


Jadi lepas ni pi mana?


Ngam la ni... Nampak baik-baik semuanya...

Selepas bergaya diluar dewan, semua graduan dijemput masuk dan duduk mengikut aliran. Seperti biasa, setiap aliran akan memakai warna baju masing-masing iaitu BIRU untuk Aliran Teknikal dan SKM, MAROON untuk Aliran Vokasional dan BIRU GELAP untuk Aliran ERT.


Dalam keadaan sabar menunggu...


Setiap detik menjadi taruhan...


Walaupun keputusan SPM sudah diketahui...


Namun debaran berada diatas pentas....


Pastinya akan menjadi antara kenangan terindah...


Setelah tamat pengajian di SM Teknik Tawau...


Hidup akan lebih ceria dan bersemangat...


Untuk menempuh cabaran yang mendatang...


Tidak kira senang dan susah....


Kerana keluarga turut menyokong dan memberikan...


Kepercayaan kerana anda telah membuktikan bahawa anda adalah pewaris generasi cemerlang...

Setelah berakhirnya sesi ucapan dan penyampaian watikah perlantikan bapa angkat kurikulum sekolah, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para graduan. Para penerima sijil didahului oleh Aliran Teknikal dari Kursus Pengajian Kejuruteaan Awam.


Ikut giliran ya...


Adik Mazrin Mangsuri dari Aliran Teknikal (Pengajian Kejuruteraan Mekanikal)


Adik Rizal dari Aliran Vokasional (Kursus Automotif)


Lupa pula nama dia ni.. Tapi yang ni dari Aliran ERT

Selepas penyampaian sijil mengikut kursus dilakukan, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah-anugerah khas yang berikut:

Anugerah Khas Alumni: -
Anugerah Za'ba: Adik Erni Binti Hashim (Kursus PKA)
Anugerah
Munshi: -
Anugerah "Top English Achiever": Adik Farah Syahirah (Kursus PKA)
Anugerah Al-Biruni: Adik Mohd Raqib Amiruddin (Kursus PKM)
Anugerah Imam As-Syafi'e: -
Anugerah Syyidatina Aisyah: -
Angerah Moral Bestari: -
Anugerah Ibnu Khaldun: -
Anugerah Pencapaian Cemerlang - 5A dan ke-atas: 27 orang
Anugerah Emas:
Adik Maulana (Kursus PKOM) & Adik Naziruddin (Kursus PKOM)

*Maklumat penerima anugerah belum lengkap kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tersebut, bolehlah rasanya minta tolong untuk lengkapkan.. Post saja dalam comment.. TQ

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua Pelajar Terbaik SPM 2011 yang juga penerima Anugerah EMAS. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan sampai bila-bila...


Adik Maulana menerima Anugerah EMAS selaku Pelajar Terbaik SPM 2011 SM Teknik Tawau


Adik Maulana bersama keluarga.. Ibu dan adiknya..


Adik Naziruddin turut menerima Anugerah EMAS (Korang dua ni dapat berapa RM? Macam lumayan nampak..)


Ibubapa Adik Naziruddin turut dijemput naik ke pentas untuk sama-sama menerima Anugerah EMAS.. Adik Maulana pun sama tapi tidak sempat ambil gambar..


Adik Naziruddin bersama ibu dan ayahnya..

Selepas itu majlis diteruskan dengan sesi jamuan ringan untuk tetamu jemputan bersama pelajar terbaik dan ibubapa, sesi bergambar mengikut aliran dan makan...


Atur mu Idham...


Syahnan turut membantu menyusun para graduan..


Aliran Teknikal


Aliran Vokasional


Aliran ERT


Aliran SKM


Makan dulu... Ngam la tu..


Nampak lapar semuanya...


Ingat... Jangan buang sampah merata tempat..


Bagi balik baju pun kena ikut giliran...


Hm.. 5 jejaka harapan...


Bagus ni... Nanti hantar kad sekali ke Pahaikan.com


Ni pun sama juga... Jangan lupa..


Malu-malu pula..Relaks bah Rosmaini..


Serius juga korang..


Huh.. Bergaya betul pula ko ya Andi.. Mana sudah tali leher?


Ini gaya apa ni... Promosi ka?


Perkhidmatan mengambil gambar studio di Bengkel KFL.. RM 30 & RM 50


Sabar menunggu giuliran...


Gambar masa berjalan kan...

Ini saja yang dapat diulas untuk Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 SM Teknik Tawau untuk tahun 2011. Sampai jumpa lagi dalam majlis konvokesyen yang seterusnya... Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini terutamanya Jawatankuasa Majlis Konvokesyen 2011... Tanpa usaha dan komitmen daripada anda semua majlis ini pastinya tidak akan dapat dilaksanakan dengan cemerlang... Tahniah!!!



Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua guru dan pelajar yang bertugas semasa majlis ini berlangsung...


Cikgu Mohamad dan Cikgu Adibah sebagai pengacara majlis


Korang buat apa ni... Bergaya saja ka?


Okey cikgu-cikgu... Ambil gambar dulu...


Steady semua ni... Tapi Cikgu Rasi ni macam tidur pula.. Hehehe..


Urusetia?


Ya la tu... Ambil gambar dulu la..


Pasukan Kompang


Petugas Corsage untuk tetamu VIP


Berehat ker? Penat juga ka pegang bunga manggar?

Tahun ni.. Pahaikan.com akan cuba untuk meghasilkan satu lagi clip video khas untuk para pelajar lepasan SPM 2010 (macam tahun 2009),  tapi kena tunggu la... Macam banyak projek mau bikin sekarang ni... Apa pun memang akan cuba punya... Tunggu dan lihat...

Album Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 (2011), klik sini: http://www.pahaikan.com/album.php#bn-photocenter-1-1-813440518/59084/1/

CATATAN: Tahniah sekali lagi... Kalau mau tengok gambar lain yang diambil oleh Pahaikan.com dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 ini, silalah melawat Pahaikan's Album II. Free download... Tapi kena tunggu la sebab limit broadband sudah abis ni...