Sesi fotografi para graduan mengikut kursus dengan para tetamu jemputan, penolong kanan dan ketua-ketua bidang...

Majlis Konvokesyen SM Vokasional Tawau Kali Ke-12 berlangsung dengan suasana meriah semalam dengan mencipta beberapa sejarah tersendiri, khasnya untuk majlis ini sendiri.  Majlis ini bermula lebih kurang jam 7:30 pagi dan majlis perasmian dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Puan Hajah Saliha Bt Haji Tahir, Yang Dipertua Alumni SM Vokasional Tawau. Pengetua SM Vokasional Tawau, Encik Johan Hj Okasa tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain diluar kawasan.


Adik Amirul Ashraf diberi penghormatan mewakili para graduan untuk ucapan penghargaan graduan...


Ucapan alu-aluan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Azman Bin Mansur...


Kehadiran ibu bapa lebih memberangsangkan pada majlis kali ini...


Ucapan terlalu panjang ka pakcik??...

Lebih kurang 200 graduan berjaya hadir ke majlis ini dengan penuh debaran, melalui detik yang penuh bermakna menerima sijil tamat pengajian dari sekolah tercinta...


Sempat bergambar sambil menunggu giliran....


Apa perasaan sebelum naik pentas ni..??


Senyum lebar.... untuk kenangan...


Macam tidak tengok kamera pula c Mariana ni... Adik Mariana merupakan penerima Anugerah Pelajar Terbaik Kursus PPKK...


Syahnan Photografic Design diberikan kepercayaan untuk mengambil gambar graduan semasa menerima sijil masing-masing...


Barisan pelapis fotografi...

Majlis Konvokseyen kali ini pasti menjadi kenangan termanis buat Adik Mohd Rosyafik Bin Abdul Latiff dari Kursus Katering yang berjaya merangkul Anugerah Khas Alumni dan Anugerah Emas Konvokesyen (Pelajar Terbaik Keseluruhan) SPM 2011. Mohd Rosyafik mendapat keputusan 5A dan 3B dengan min gred 2.0. Hadiah yang diterima untuk anugerah ini ialah sijil, plak, loket emas sumbangan PIBG dan tiket penerbangan sumbangan Alumni.


Adik Mohd Rosyafik Bin Abdul Latiff bersama ibubapa menerima sijil, plak, loket emas dan tiket penerbangan dari Puan Hajah Saliha...


Adik Barhan Bin Bedjo dari Kursus Automotif, berjaya memperolehi 6A tapi dengan min gred 2.63...


Adik Nuur Affiqha Binti Ambotou dari Kursus Perdagangan turut memperolehi 6A dengan min gred 3.10...

Tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa majlis ini terutamanya mereka yang bertugas pada hari tersebut... Sesungguhnya andalah yang menjadikan majlis ini lebih istimewa buat para graduan....


Antara petugas belakang tabir - Cikgu Norhayati, Cikgu Hartini, Cikgu Ana Sarda dan Ustazah Azizah menguruskan kaunter jubah konvokesyen...


Antara pelajar yang turut menyumbang tenaga semasa majlis berlangsung.... Yang pegang bunga manggar tu macam tetap dan berpencen... Ya ka??


Barisan pengacara majlis yang bertugas dalam majlis ini. Dari kiri: Puan Heatinorayu Bt Md Nor, Puan Erna Bt Salamin dan Puan Suzana Bt Mohd Hasbi


Gambar-gambar lain semasa majlis ini boleh dilihat di: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.414730268537060.105107.100000002726077&type=1

CATATAN: Sejarah adalah suatu yang perlu didalami, dipelajari dan dijadikan tauladan supaya perkara yang sama dapat dielakkan pada masa hadapan....