Cikgu Idham diamanahkan untuk mempengerusikan majlis ini

Satu majlis ringkas sempena meraikan hari ulang tahun kelahiran guru-guru SM Teknik Tawau bagi bulan Januari, Februari dan Mac dilangsungkan hari ini dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah. Acara yang buat julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk menghargai pengorbanan guru-guru dalam mendidik dan menurunkan ilmu serta panduan yang mungkin akan membantu pelajar dalam menentukan masa depan mereka. Untuk makluman semua, majlis ini adalah dibawah kendalian Student's Voice Council (SVC) dengan kerjasama guru-guru SVC.


Kenapa kadnya semua sama saja? Nama saja yang lain.. Hmm..

Memang ramai yang lahir dalam bulan Januari, Februari dan Mac ni.,. Kalau tidak silap 24 orang rasanya..


Ngam juga ni.. Satu-satu guru dipanggil


Senanglah pelajar kenal guru-guru diaorang...


Potong kek... 1... 2... 3...

Bagi guru-guru yang lahir dalam bulan April, Mei dan Jun, mereka bakal diraikan dalam bulan Julai nanti... Tengoklah cam mana diorang atur... Sabar saja la ya..


Terima kasih juga kepada Ustaz Noran Zaidi yang membacakan doa untuk majlis ini..

CATATAN: Pun diraikan juga tapi tidak ter"masuk" pula dalam gambar... Apa boleh buatlah.. Apa pun terima kasih kepada semua pelajar yang turut sama meraikan majlis ini...