Ucapan perasmian penutupan daripada Pengetua, Encik Johan Okasa...

Minggu Pejanaan Minda 2012 SM Vokasional Tawau ditutup dengan rasminya pada hari ini oleh Pengetua, Encik Johan Okasa.

Majlis bermula sekitar jam 10:00 pagi dan dihadiri oleh semua guru yang tidak mempunyai aktiviti p&p.


Macam semua guru baru ni?!!#$?


Uwah... Cikgu Bakri (Bakal)... Concentrate ka ni.. ??

Minggu yang semestinya menjadi cabaran awal bagi pelajar Tingkatan 4 yang menempah nama sebagai pelajar SM Vokasional Tawau. Dan, semua kenangan semasa program ini berlangsung pastinya akan menjadi pedoman untuk bersama-sama mencurahkan tenaga ke arah merealisasikan objektif SM Vokasional Tawau untuk menjadi sekolah yang terbaik di Daerah Tawau.


Gandingan pengacara, Cikgu Marklin dan Cikgu Nik Rosemaliza, tapi Cikgu Marklin macam mengantuk pula ni...

Kali ini, majlis diakhiri dengan nanyian beramai-ramai lagu GEMURUH oleh Faizal Tahir. Semoga Minggu Penjanaan Minda 2012, sedikit sebanyak berjaya membentuk dan menyediakan mental pelajar untuk menghadapi apa sahaja bentuk cabaran yang mendatang pada masa hadapan.


Barisan pentadbir berdiri untuk sama-sama melayan lagu ni...


Semangat sikit...


Macam belum cukup orientasi saja ni...


Hah... Macam ni ok la ni...



CATATAN: Tahniah sekali lagi dan teruskan usaha!!...