Cik Jo Carlyn sedang mempersembahkan lagu Yesus Menjadi Inspirasiku...

Pertandingan Mencipta Lagu & Lirik Peringkat Paroki Holy Trinity Tawau 2010 ini telah dijalankan di Dewan Paroki Holy Trinity Tawau. Pertandingan bermula kira-kira jam 9:15 pagi.

Menurut pengerusi pertandingan iaitu Encik Nikoles, hanya terdapat 6 penyertaan dibawah 5 komposer untuk pertandingan ini. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tampak sengit dengan keenam-enam penyertaan menampilkan lagu-lagu baru yang baik dan bermutu. Apapun keputusan pengadil adalah muktamad.


Para pengadil pertandingan...

Cara permarkahan untuk pertandingan ini adalah seperti berikut:

Lirik - 30%
Persembahan - 20%
Susunan Musik - 20%
Tempo - 20%


Ketua Juri pertandingan...

Antara komen Ketua Juri pertandingan ialah:

  • Semua lagu baik
  • Ada lirik yang kurang sesuai
  • Ada lagu yang tidak sesuai untuk nyanyian koir
  • Perlu sesuai dengan Misa Kudus
  • Tahniah kerana berani tampil untuk berkongsi bakat
Daripada 6 lagu tersebut, hanya dua lagu yang terpilih untuk ke peringkat Diosis Sandakan iaitu Lagu Yesus Menjadi Inspirasiku ciptaaan Suzana (Dinyanyikan oleh Jo Carlyn) dan Lagu Melayani Sesama Dengan Cintakasih Tuhan Ciptaan Alex dan Fernando.


Cik Jo Carlyn menerima hadiah daripada Encik Mario


Saudara Fernando menerima hadiah daripada Encik Mario..

Tahniah kepada semua peserta terutamanya KED Batu 5 yang menampilkan 40 orang peserta koir untuk menyanyikan lagu ciptaan Saudara Agus. 


Kumpulan Koir KED Batu 5

Tidak lupa ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur terutamanya Encik Nikoles yang bertungkus lumus dalam menjayakan pertandingan ini...



CATATAN: Pun mahu cipta lagu tapi... belum ada idea lagi...