Cikgu Azman bersama Cikgu Yahya mengiringi YDP PIBG, Encik Saman Bin Ungki...

Majlis ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG SM Vokasional Tawau, Encik Saman Bin Ungki.

Seramai lebih kurang 60 orang pelajar telah diberikan hadiah bagi menghargai usaha yang dicurahkan untuk menggondol gelaran pelajar terbaik dalam setiap matapelajaran yang ditawarkan di SM Vokasional Tawau.


Tahniah Adik Khalid Iqbal... Memang tidak miss setiap kali Majlis Anugerah...


Pun tahniah juga.... Hehehe...


Selepas gambar ni, flash pun overheat... Terpaksalah guna built-in flash...

Yang agak mengecewakan ialah kehadiran ibubapa semasa majlis berlangsung... Memang sikit bah pula... Tapi semasa penyerahan transkrip dan LAB di kelas, barulah ibubapa datang berduyun-duyun... Mungkin faktor masa dan kerja...

Apapun... tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah menjayakan majlis ini....


Terima kasih kepada Pengacara Majlis, Cikgu Erna Binti Salamin...


Pun senyum-senyum Cikgu Adibah... Baru balik bertugas??

Gambar-gambar lain semasa majlis ini boleh dilihat dalam link ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.469936206349799.113440.100000002726077&type=3


Jamuan makan selepas majlis penyampaian anugerah di Dewan Tun Ahmad Shah...

CATATAN: Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat hadiah.... Teruskan kecemerlangan anda sehingga SPM nanti...