Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Bolkiah Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah

Program OutReach Kebangsaan Zon Sabah yang buat julung kalinya diadakan di Tawau ini bermula kira-kira jam 9:00 pagi dan telah berjaya menarik perhatian para pengunjung di Eastern Plaza.

Majlis perasmian bermula lebih kurang jam 9:30 pagi apabila perasmi, YB Datuk Bolkiah Ismail tiba di Eastern Plaza dan disambut oleh para petugas protokol SM Teknik Tawau. Paluan kompang turut mengiringi setiap langkah Datuk Bolkiah yang saya rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput untuk merasmikan majlis ini.


Datuk Bolkiah tiba di perkarangan Eastern Plaza dan disambut oleh Cikgu Muhd Ali Amin


Datuk Bolkiah bersalaman dengan Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa dan para pengetua dari semua Sekolah Teknik dan Vokasional Negeri Sabah...


Datuk Bolkiah dan para hadirin dipersembahkan dengan persembahan silat oleh Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi SM Teknik Tawau...


Langkah pendekar.. Tahniah Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi SM Teknik Tawau...

Selepas menikmati persembahan silat, semua tetamu VIP dijemput naik ke atas pentas untuk aturcara majlis yang seterusnya.


Para tetamu VIP untuk majlis perasmian ini...


Apalah yang diaorang cerita ni...


Mantan Pengetua SM Teknik Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching turut hadir untuk memeriahkan majlis ini...


Bacaan Doa Pembukaan oleh Ustaz Khusairi Mat Akhir..

Selesai sahaja bacaan doa pembukaan, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah BPTV, Encik Zainuren Mohd Nor dan diteruskan dengan ucapan perasmian dari Datuk Bolkiah Ismail.


Timbalan Pengarah BPTV, Encik Zainuren Mohd Nor menyampaikan penghargaan dan amanat bagi pihak Pengarah BPTV...


Datuk Bolkiah menyampaikan ucapan perasmian...


Pelancaran Gimik Perasmian oleh Datuk Bolkiah.. Mantap juga gimik diorang ni walaupun terpaksa pinjam barang dari KK...


Cenderahati Kenangan dari pihak tuan rumah kepada Datuk Bolkiah yang disampaikan oleh Encik Zainuren...

Selepas itu, majlis diserikan lagi dengan persembahan lagu dari Kumpulan Koir SM Teknik Keningau. Rasanya dua lagu disampaikan pada masa ini, lupa pula tajuk lagunya... Apa pun.. Persembahan memang ada class..


Memang bersemangat diaorang nyanyi lagu...


Gaya persembahan pun mantap...


Dan yang paling penting... Senyuman manis mengiringi kumpulan koir ini semasa masuk dan keluar...

Kemudian, Datuk Bolkiah bersama para tetamu VIP yang lain dibawa untuk mengunjungi setiap booth dan dalam pada itu, melayani soalan-soalan daripada para wartawan yang hadir dalam majlis ini semasa sidang media...


Para wartawan mengelilingi Datuk Bolkiah untuk bertanyakan soalan khusus mengenai program yang sedang berlangsung...


Memang sesak masa ni... Susah mau ambil gambar...


Harap-harap semuanya berjalan lancar...


Lawatan Datuk Bolkiah ke booth Pengurusan Perniagaan (PPN) SM Teknik Labuan


Datuk Bolkiah menuliskan nama dan komen sebagai tanda kenangan melawat di booth ini..


Hmm... Ada demo juga masa ni... Solek cantik-cantik ya...


Memang ramai orang yang mengikuti rombongan VVIP melawat booth..


Cenderahati kenangan dari booth kami untuk YB....

Dan, selepas semua booth selamat dikunjungi, kesemua pengetua sekolah Teknik dan Vokasional Negeri Sabah naik ke pentas untuk merakamkan gambar kenangan bersama dengan Datuk Bolkiah, yang pastinya akan menjadi bualan apabila program ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan...


Gambar kenangan para pengetua dan Datuk Bolkiah Ismail...


Terima kasih kepada Cikgu Hairuddin yang membantu mengambil gambar pada masa ini...

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.... Album sepanjang Program OutReach Kebangsaan Zon Sabah boleh dinikmati di dalam Album Pahaikan 3: http://www.pahaikan.com/album3.php#bn-photocenter-1-1-606783686/59523/1/

CATATAN: Majlis yang meriah dan "memberangsangkan".....