Pengetua, guru-guru dan pelajar merakamkan gambar kenangan untuk majlis ini..

Majlis Perhimpunan Khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 ini berlangsung dengan meriah pada pagi hari ini. Saya sendiri tidak menjangkakan perhimpunan seumpamanya kerana dalam papan notis cuma tulis perhimpunan di Dewan Tun Ahmad Shah. Rupanya...


Encik Johan Okasa dan Encik Ahmad Fakhrurazi selaku tetamu VIP dalam majlis ini...

Majlis ini bermula dengan ucapan daripada pengerusi majlis, Cikgu Kholik Maming dan Cikgu Idham Hussin yang bergandingan sebagai pasangan pengacara dalam majlis ini. Dengan susanan kata-kata dan diiringi lagu hari raya, majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada pihak pentadbir yang didahului oleh pengetua sekolah, Encik Johan Okasa. Ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Bulan Ramadhan yang penuh mulia dan menyeru semua warga Teknik Tawau untuk bersyukur kepada Tuhan.

Selepas ucapan daripada para pentadbir, mikrofon mula berlegar-legar di seluruh kawasan dalam dewan untuk mendengarkan ucapan dari para pelajar dan guru.


Cikgu Talip Marming turut menyampaikan ucapan Hari Raya dalam majlis ini...


Sayshadri A/L Murugan turut diberi peluang menyampaikan ucapan hari raya...


Mereka yang diberikan peluang untuk memperikan ucapan dipancarkan secara langsung melalui skrin...


Cikgu Arif Rahima turut menyatakan keinsafan kepada Tuhan dalam ucapannya...

Selepas acara ucapan, majlis diteruskan dengan acara bersalam-salaman antara guru-guru dan juga bersama pelajar. Memang banyak aksi yang kita nampak di sini tapi... Tidak semua dapat dirakamkan...


Aikk... Berlanggar bahu ka tu?


Ini tokey paip ni... Ada duit raya ka ni Cikgu Hussin...


Barisan sebelah guru perempuan pun turut meriah...


Bersalam-salaman...


Ada yang gembira dan ada juga yang ...


Bersedih...


Yang ini... Tetap maintain.. Dari kiri: Cikgu Yusuf Md Nor, Cikgu Hatta Hassan dan Adik Ismail (5 KFL)


Pengetua mendahului barisan guru-guru untuk bersalaman dengan pelajar...


Aikk... Aksi apa ni bos?


Apa pun... Salam dulu...

Selepas itu, semua guru-guru pun naik ke pentas untuk gambar kenang-kenangan untuk majlis ini... Yang silapnya, masa ni lens yang diguna ialah 50mm (prime lens) jadi tak dapatlah ambil gambar semua orang... Ambil sikit dari tepi pun jadi lah...


Uiikk... Kenapa tu Cikgu Jumadi??


Bila sudah tukar lens.. Rupanya sudah bersurai...

Dan para pelajar juga kelihatan gembira dalam majlis ini... Faham sajalah... Mood belajar sudah tiada ni.. Yang ada cuma mood cuti... Apa pun.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... Lepas cuti jumpa lagi...


Macam pelajar kursus 4 PPKK saja ni... Ya ka?


Yang ini apa cerita...


Balik raya ka?.. Bukan ko menangis ka tadi tu Ain.. Hehehe...


Jangan buka mulut telampau besar... Nanti lalat masuk...


Dan tidak dilupakan, Guru Ols Montuls yang turut merakamkan gambar kenangan dalam majlis ini...

CATATAN: Banyak gambar dalam majlis ni gelap dan pucat...